Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Popeye” Bakal Dapat Filem Live Action Baharu Oleh Chernin Entertainment & King Features!

Maira by Maira
March 20, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
“Popeye” Bakal Dapat Filem Live Action Baharu Oleh Chernin Entertainment & King Features!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa dulu pernah tonton siri animasi “Popeye”? Lelaki kelasi yang makan bayam terus jadi kuat itu? Kalau anda ingin tahu, Popeye bakal mendapat filem live action terbaru nanti.

Melalui Variety, lelaki kelasi ikonik tu akan mendapatkan filem live action baharu oleh Chernin Entertainment dan King Features. Buat masa ini, filem tersebut masih dalam pembangunan dan nampaknya ia akan memakan bajet yang besar. Michael Caleo akan sertai pasukan sebagai penulis untuk filem ini.

Kalau anda ingin tahu, Popeye akan menyambut ulang-tahun ke-95 pada tahun ini. Daripada komik, watak itu sudah menerima filem live action pertama pada 1980 yang dilakonkan oleh Robin William dan Shelley Duvall sebagai Olive Oyl. Melihat usaha untuk hidupkan semula watak klasik ini untuk filem baharu, sudah pastinya sesuatu yang boleh dinantikan oleh peminat.

Dengan Chernin Entertainment terlibat dengan penghasilan filem ini, ada potensi besar ia akan dihasilkan dengan baik. Mereka telah menghasilkan banyak filem hebat kepada penonton seperti The Greatest Showman, Hidden Figures, Fear Street, Luther: The Fallen Sun dan banyak lagi. Ditambah lagi dengan teknologi yang berkembang dengan pantas, mungkin kita dapat melihat watak Popeye yang lebih sama rupanya dengan komik dan animasinya.

Memandangkan filem ini dalam pembangunan, barisan pelakon mahupun tarikh tayangan masih belum didedahkan. Jadi kita nantikan sahaja segala berita mengenainya pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Popeye
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Next Post

Innodisk Pamerkan Teknologi AI Canggih di NVIDIA GTC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Innodisk Pamerkan Teknologi AI Canggih di NVIDIA GTC!

Innodisk Pamerkan Teknologi AI Canggih di NVIDIA GTC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd