Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Ever Crisis Kini Tersedia di Malaysia! Download Sekarang! [UPDATE]

Maira by Maira
March 14, 2024 - Updated on March 15, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Final Fantasy VII Ever Crisis Kini Tersedia di Malaysia! Download Sekarang! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa judul RPG free-to-play “Final Fantasy VII: Ever Crisis” telah tersedia di Malaysia serta beberapa negara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Macau, Myanmar dan Laos! Anda boleh pergi ke App Store dan Google Play untuk mulakan main sekarang!

Region of Distribution Addition Notice

Taiwan, Hong Kong, Singapore, the Philippines, Malaysia, Thailand, Indonesia, Macau, Myanmar, and Laos have been added to the distribution area of FINAL FANTASY VII EVER CRISIS.
Check out the Half Anniversary event in-game now!#FF7EC pic.twitter.com/wHsJE1XVzs

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) March 14, 2024

[UPDATE]

Nampaknya Final Fantasy VII: Ever Crisis versi PC di Steam juga sudah boleh diakses di Malaysia. Kalau telefon anda tidak mampu untuk mainkan game ini, bolehlah muat turun di Steam. Percuma sahaja untuk dimainkan!

Kalau anda bermain game ini sekarang, terdapat acara “Half Anniversary” yang sedang berlangsung. Waktu inilah untuk anda mengumpul segala ganjaran yang tersedia.

Sumber: Square Enix

Tentang FFVII: Ever Crisis

Final Fantasy VII: Ever Crisis ialah game mobile dengan elemen gacha/loot box. Dirancang untuk mengeluarkan episod baru secara bulanan, game ini menceritakan semula peristiwa daripada game original Final Fantasy VII pada 1997, dan semua judul kanon dalam francais Final Fantasy VII seperti filem Advent Children, dan game Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.

Pemain boleh mencuba mana-mana naratif pada bila-bila masa dengan menukar dari menu utama lalu mengalami jalan cerita bersifat rumusan untuk game tersebut daripada awal hingga akhir.

Namun, bab cerita tertentu tidak akan tersedia semasa pelancaran dan akan ditambahkan kemudian secara kemas kini. Selain itu, Ever Crisis akan menampilkan naratif original baharu yang meneroka masa lalu yang dan asal usul watak/antagonis ikonik, Sephiroth.

Sumber: Square Enix

Dipasarkan sebagai mobile remake kepada Final Fantasy VI, dunia Final Fantasy VII yang dipersembahkan rupa ala retro digabungkan dengan grafik moden manakala sistem pertempuran diinspirasikan daripada sistem Active Time Battle lalu dirombak/diubah untuk bermain dengan lancar pada peranti mobile dengan grafik berkualiti tinggi.

Game ini cuba mengekalkan ciri-ciri ikonik daripada siri dan termasuk elemen RPG seperti Abiliti, Materia, Summon, Limit Break dan lain-lain; sambil menyokong ciri tambahan termasuk Auto Mode dan Battle Speed yang menjadikan game ini lebih mudah dan menyeronokkan.

Sumber: Square Enix

Walaupun percuma untuk dimuat turun dan bermain, Ever Crisis menampilkan sistem mikrotransaksi/gacha. Ia menawarkan loot box yang menghadiahkan pemain dengan pelbagai pilihan senjata dan pakaian secara rawak.

Watak tidak perlu dikumpul dan semua boleh dimainkan selepas anda memperolehi mereka melalui jalan cerita. Selepas mendapat watak kegemaran, jangan lupa untuk customize setiap satu dengan peralatan dan senjata ikonik untuk mengalahkan musuh kuat dalam mode pertempuran solo atau co-op.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Final Fantasy VII daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Final Fantasy 7: Ever CrisisFinal Fantasy VII Ever CrisisFinal Fantasy VII Ever Crisis Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Anime Tensura Bakal Tayang Episod 48.5 Pada Hujung Mac, Season 3 Bermula 5 April Ini!

Next Post

Infinix NOTE 40 Series Bakal Hadir Dengan Speaker JBL! Bakal Lancar 18 Mac Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Infinix NOTE 40 Series Bakal Hadir Dengan Speaker JBL! Bakal Lancar 18 Mac Ini!

Infinix NOTE 40 Series Bakal Hadir Dengan Speaker JBL! Bakal Lancar 18 Mac Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd