Persona 3 Reload telah pun dilepaskan pada awal Februari yang lalu dan telah menerima sambutan yang hangat daripada pemain lama mahupun baru. Kami juga sudah tentu enjoy game tersebut lebih-lebih lagi dengan figura Aigis yang menemani kami. Untuk sesi unboxing kali ini, jom kami tunjukkan serba sedikit item yang tersedia dalam Persona 3 Reload: Aigis Edition! Tanpa membuang masa, jom kita lihat item pertama!

Buka sahaja kotak, kami telah disapa dengan kontrak khas. Terasa seperti mula-mula main game pula sebab protagonis telah menandatangan perjanjian semasa dia masuk ke asramanya.

Melihat pada kotak, kami agak kagum dengan reka bentuknya. Selain daripada ilustrasi Aigis, terdapat juga bayang-bayang watak bersama persona masing-masing. Terdapat juga nama-nama ahli S.E.E.S. yang terpapar pada kotak tersebut.
Memandangkan protagonis kita selalu mendengar lagu melalui mp3 player, sudah tentu koleksi ini mempunyai salinan soundtrack yang boleh anda dengar! Siri Persona memang tidak pernah mengecewakan bab soundtrack mereka. Memang tidak puas mendengarnya dalam game. Jadi dengan salinan fizikal ini, bolehlah anda mendengarnya selalu tanpa membuka game.
Seterusnya kita ada artbook game. Dalam artbook ini terdapat reka bentuk serta lakaran baharu watak yang dihasilkan oleh Azusa Shimada! Bukan sahaja lakaran watak yang ada dalam artbook tersebut, malah terdapat juga design lantai untuk bahagian tertentu dalam menara Tartarus. Artbook ini sudah tentu tidak lengkap tanpa reka bentuk persona untuk setiap watak.
Akhir sekali, kita ada figura Aigis, Anti-Shadow Suppression Weapon yang dihasilkan oleh Kirijo Group. Reka bentuk figura ini berbeza dengan figura Aigis di luar sana kerana ia mengikut reka bentuknya dalam Persona 3 Reload. Perinciannya boleh tahan bagus juga. Kami betul-betul suka warna emas yang digunakan pada figura itu. Ia memberikan kilauan yang bagus pada bahagian besi Aigis.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan untuk sesi unboxing kali ini! Buat anda yang masih belum bermain Persona 3 Reload, boleh baca review kami untuknya sebelum beli! Untuk membaca sesi unboxing yang lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post