Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suicide Squad: Kill the Justice League Review — Loop Gameplay yang Membosankan

Maira by Maira
March 12, 2024
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review
0 0
0
Suicide Squad: Kill the Justice League Review — Loop Gameplay yang Membosankan
Share on FacebookShare on Twitter

Game Suicide Squad: Kill the Justice League telah pun dilancarkan pada awal Februari yang lalu. Dibangunkan oleh studio sama yang membawa Batman: Arkham Knight, agak terkejut juga melihat pelbagai reaksi daripada pemain lain serta peminat DC. Kami juga pada mulanya tidak mahu percaya dengan benda yang dikatakan, tetapi setelah mencubanya sendiri, baru kami faham mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya.

Walaupun begitu, game ini mempunyai premis yang agak menarik dengan penglibatan penjenayah seperti Deadshot, Captain Boomerang, Harley Quinn dan King Shark dalam misi untuk menumpaskan Justice League. Agak mengejutkan melihat mereka berjaya menyelesaikan misi tersebut, tetapi ia masih tidak mencapai jangkaan pemain mahupun peminat DC. Teruskan baca review kami ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai Suicide Squad: Kill the Justice League.

Sumber: Rocksteady Studios

Game ini berlaku di bandar Metropolis yang nampaknya telah dijangkiti dengan makhluk asing yang mampu mengawal minda. Habis satu bandar tersebut musnah malah penduduknya juga terkorban. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Brainiac berjaya menakluki hampir semua minda ahli Justice League seperti Superman, Batman, Green Lantern dan The Flash. Cuma Wonder Woman sahaja yang terlepas daripada cengkaman mereka.

Dengan tentera makhluk asing yang hebat dan wira-wira paling berkuasa di Bumi di sisinya, kerajaan telah menghantar satu-satunya pasukan yang boleh menyelamatkan dunia, Task Force X yang lebih dikenali sebagai Suicide Squad. Amanda Waller secara paksa merekrut Harley Quinn, Deadshot, King Shark dan Captain Boomerang untuk sertai pasukan dengan memasukkan implan Nanobomb ke dalam tengkorak mereka untuk mengawal kumpulan penjenayah ini. Apa yang bermula sebagai misi biasa di Metropolis perlahan-lahan bertukar menjadi pembunuhan beramai-ramai Justice League yang telah dikawal.

Sumber: Rocksteady Studios

Jika nak dibandingkan Suicide Squad dan Justice League, sudah tentu Suicide Squad mempunyai peluang yang tipis untuk menumpaskan mereka. Jadi untuk seimbangkan perbezaan kuasa tersebut, mereka turut rekrut penjenayah lain seperti Penguin, Gizmo, Poison Ivy dan Lex Luthor untuk membantu mereka. Tidak dilupakan juga dengan wira-wira remaja yang lain seperti Toyman yang boleh meningkatkan kuasa mereka supaya setanding dengan Justice League.

Sejujurnya, cerita game ini mempunyai potensi pada awalnya tetapi ia menjadi haru-biru pada pertengahannya dan menjadi lebih teruk apabila game semakin hampir ke penamat. Jenaka yang diberikan juga kadang-kadang hambar. Ditambah pula dengan gameplay yang berulangan untuk mendapat progress cerita, sudah tentu ia membuatkan kami bosan dan tiada motivasi untuk terus bermain.

Sumber: Rocksteady Studios

Bercerita tentang gameplay, Suicide Squad: Kill the Justice League merupakan game third-person shooter dengan dunia terbuka, di mana hampir semua ahlinya tidak mempunyai kuasa melainkan King Shark. Jadi terdapat tujuh kategori senjata yang diberikan untuk pemain pilih seperti pistol, submachine gun, shotgun, heavy machine gun, sniper rifle, melee dan grenade. Setiap watak boleh membawa dua senjata api, satu melee dan tiga grenade. Walaupun mempunyai pilihan senjata yang banyak, anda akan dapat merasakan gameplay loop yang sangat berulangan semasa bermain.

Sumber: Rocksteady Studios

Tidak dinafikan bahawa kami seronok menumpaskan musuh dengan menembak di sana sini, tetapi itu sahaja yang anda akan buat dalam game. Pertarungan bos juga hampir sama seperti melawan musuh biasa. Anda cuma serang sahaja titik kelemahannya dan membuatkannya lebih lemah menggunakan peluru. Walaupun melawan Flash yang mudah mengelak peluru, dia juga dengan mudah mendapat damage.

Untuk bagi rancak sedikit, anda boleh sahaja menukar watak yang ingin dimainkan kerana setiap watak mempunyai keunikan masing-masing semasa combat. Jadi adalah juga sesuatu yang berbeza pada gameplay tersebut.

Sumber: Rocksteady Studios

Selain daripada fokus kepada misi utama untuk menumpaskan Justice League, terdapat beberapa side mission yang anda boleh selesaikan di bandar Metropolis. The Riddler kembali dengan cabaran puzzle yang membolehkan anda untuk menerima trofi. Sebagai tambahan, anda juga boleh menyelesaikan beberapa misi kontrak dengan memenuhi syarat tertentu atau menolong penjahat lain dengan tugas mereka.

Yang menariknya, game ini tiada Fast Travel walaupun anda sentiasa bergerak merentas peta. Untuk meneroka, anda perlu menggunakan kebolehan traversal watak masing-masing, sebagai contoh, Harley Quinn boleh bergerak menggunakan Bat Drone manakala Deadshot pula boleh menggunakan jetpack. Kami memang enjoy meneroka Metropolis dengan cara ini kerana ia mengingatkan kami kepada siri game Arkham yang lama.

Sumber: Rocksteady Studios

Kesimpulan

Suicide Squad: Kill the Justice League merupakan game yang sepatutnya menjadi satu game yang menyeronokkan dan jujur masih ada elemen seronok padanya walaupun mempunyai gameplay combat yang sedikit membosankan. Rasanya lebih baik anda bermain dengan rakan berbanding seorang diri kerana sudah pasti ada sahaja detik pelik atau kelakar yang berlaku.

Kalau nak dibandingkan dengan siri game Arkham Knight, sudah tentu ada jurang yang besar antara kedua-dua game ini, terutamanya pada bahagian grafik. Kualiti grafik pada game ini memang tidak setanding dengan game Arkham Knight yang dilancarkan pada 2015. Jadi buat pemain yang telah bermain siri tersebut, pasti kecewa melihat grafik game ini. Nasib baiklah tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang kami bermain. Kualiti grafik masih kekal sama daripada awal game sehingga habis.

Suicide Squad: Kill the Justice League telah tersedia di PS5, Xbox Series dan PC!

Kod review Suicide Squad: Kill the Justice League dibekalkan oleh Epicsoft Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Suicide Squad: Kill the Justice League

5 Score

PROS

  • Third-person shooter yang baik dengan mekanik traversal yang menyeronokkan
  • Metropolis direka dengan hebat oleh Rocksteady

CONS

  • Gameplay sangat berulangan daripada misi sehingga pertarungan bos
  • Perkembangan cerita yang semakin tidak menarik
  • Gambaran watak popular yang tidak sopan

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: suicide squadSuicide Squad: Kill the Justice League
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload: Aigis Edition Unboxing — Robot Tempur Bersedia untuk Beraksi!

Next Post

Filem Venom 3 Sudah Dapat Tajuk Rasmi, Bakal Tayang Pada Oktober 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Next Post
Filem Venom 3 Sudah Dapat Tajuk Rasmi, Bakal Tayang Pada Oktober 2024!

Filem Venom 3 Sudah Dapat Tajuk Rasmi, Bakal Tayang Pada Oktober 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd