Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Rebirth Collector’s Edition Unboxing — SEPHIROTH 19 Inci Sudah Tiba!

Maira by Maira
February 28, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS5, Unboxing
0 0
0
Final Fantasy VII Rebirth Collector’s Edition Unboxing — SEPHIROTH 19 Inci Sudah Tiba!
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy VII Rebirth akan lancar secara rasmi di PlayStation 5 pada hari esok. Kami pasti ada yang sudah siap-siap minta cuti untuk mainkan game itu nanti. Untuk sesi unboxing kali ini, jom kami tunjukkan kepada anda dengan lebih rapat untuk Final Fantasy VII Rebirth Collector’s yang hadir dengan pelbagai item menarik serta figura khas Sephiroth sebesar 19 inci. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat bersama-sama.

Sumber: Gamer Santai

Jujur kami rasa design steelbook case untuk FFVII Rebirth berikan satu perasaan yang sayu apabila melihat Zack dan Cloud bersama. Pada bahagian belakangnya, terdapat design Buster Sword yang digunakan oleh mereka berdua.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, game ini hadir dengan dua CD, untuk anda install dan main pada PS5. Saiz game ini boleh tahan besar juga. Tetapi tidak begitu pelik kerana banyak kandungan yang boleh pemain nikmati nanti. Buat mereka yang ada membeli koleksi ini, anda akan mendapat kod yang memberikan beberapa item seperti Summoning Materia, Armor dan Accessory untuk anda gunakan dalam game.

Seterusnya kita ada artbook mini untuk Final Fantasy VII Rebirth. Dalam artbook itu, terdapat rekaan watak dalam pelbagai kostum dan macam-macam lagi. Walaupun hanya 120 muka surat sahaja, memang puas melihat seni-seni di dalamnya.

Alang-alang belek artbook itu, bolehlah pasang muzik FFVII Rebirth yang tersedia dengan Collector’s Edition ini. Termasuk dalam koleksi tersebut adalah CD soundtrack mini yang memaparkan 12 lagu yang anda akan dengar sepanjang bermain game ini. Cover CD itu juga memaparkan Cloud yang nampaknya bersedia untuk bertarung dengan Buster Sword.

Sebagai tambahan, kalau anda ada pra-tempah game ini, anda boleh mendapatkan Tote bag yang memaparkan Cait Sith bersama moogle-nya dan juga cup holder berwarna merah dan putih dengan design Chocobo.

Terakhir sekali, highlight untuk collector’s edition ini, kita ada figura Sephiroth sebesar 19 inci! Perincian pada figura ini boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi pada pakaian dan sayapnya. Dengan dia berdiri seorang diri serta api di sekelilingnya, Sephiroth kelihatan sangat cool. Kalau anda peminat Final Fantasy, memang tidak rugi untuk dapatkan collector’s edition ini.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Buat anda yang masih skeptikal untuk beli game ini, anda boleh baca review kami sebagai rujukan. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Final Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasy 7Final Fantasy 7 RebirthFinal Fantasy 7 Rebirth Collector's Editionfinal fantasy viiFinal Fantasy VII RebirthFinal Fantasy VII Rebirth Collector's Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth: Panduan Install Disc Game yang Salah Label!

Next Post

Pra-daftar Street Fighter: Duel & Mulakan Perjalanan Bersama Fighter Kegemaran!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Pra-daftar Street Fighter: Duel & Mulakan Perjalanan Bersama Fighter Kegemaran!

Pra-daftar Street Fighter: Duel & Mulakan Perjalanan Bersama Fighter Kegemaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd