Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Gundam Seed Freedom Sah Ditayangkan di Malaysia pada April 2024!

Maira by Maira
February 27, 2024 - Updated on March 25, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Gundam Seed Freedom Sah Ditayangkan di Malaysia pada April 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak spoiler dan meminta di cawangan pawagam tempatan, akhirnya kita mendapat pengesahan bahawa filem Mobile Suit Gundam Seed Freedom bakal ditayangkan di Malaysia! Pengumuman tersebut telah pun dilakukan oleh GSC Cinemas melalui media sosial rasmi mereka. Filem Mobile Suit Gundam Seed Freedom bakal tayang di Malaysia pada 4 April 2024!

[UPDATE]

Jualan tiket untuk tayangan umum sudah boleh dibeli! Buat anda yang ingin menontonnya pada 4 April nanti, bolehlah beli tiket sekarang!

Pengarah siri Mitsuo Fukuda kembali untuk mengarahkan filem Mobile Suit Gundam SEED FREEDOM serta menulis skrip filem. Bersamanya adalah komposer siri, Chiaki Morosawa dan penulis novel Seed Destiny, Liu Gotou. Hisashi Hirai pula kembali sebagai pereka watak filem.

Kalau anda ingin tahu, projek ini merupakan sebahagian daripada Mobile Suit Gundam Seed Project ignited pada 2021. Ia bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri asal Gundam tersebut termasuklah beberapa game serta manga.

Fukuda juga telah mengesahkan bahawa filem tersebut merupakan sekuel kepada siri Gundam Seed Destiny. Sudah pasti ramai yang teruja untuk menontonnya nanti.

Sumber: Sunrise

Mobile Suit Gundam Seed pertama kali ditayangkan pada 2002, yang turut memperkenalkan penonton kepada Cosmic Era (C.E.). Siri ini bermula pada tahun ke-70 Cosmic Era manakala sekuelnya Seed Destiny pula berlaku semasa tahun ke-73. Dalam filem terbaharu ini, kita akan kembali ke Cosmic Era pada tahun ke-75.

Agak-agaknya akan ada tayangan fan screening atau tidak? Mesti seronok kalau ada, betul tidak? Apa pun kita tunggu maklumat lanjut daripada GSC Cinemas mengenai lokasi tayangan serta penjualan tiket untuk filem ini nanti! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Suit Gundam SeedMobile Suit Gundam Seed Freedom
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Malaysia Dedahkan Barisan Laptop Gaming & Business Secara Rasmi di Malaysia Berserta Harga!

Next Post

Pokemon Legends: Z-A Bakal Lancar Pada 2025 di Nintendo Switch!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pokemon Legends: Z-A Bakal Lancar Pada 2025 di Nintendo Switch!

Pokemon Legends: Z-A Bakal Lancar Pada 2025 di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd