Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia Bawakan Barisan Monitor Untuk Keperluan Kerja & Gaming! Harga Bermula RM 469!

Maira by Maira
February 22, 2024
in Artikel, Berita, Game, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia Bawakan Barisan Monitor Untuk Keperluan Kerja & Gaming! Harga Bermula RM 469!

Sumber: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada laptop dan desktop gaming, Acer Malaysia turut mengumumkan barisan monitor baharu untuk kegunaan harian dan gaming! Mari kita lihat satu per satu monitor baharu daripada Acer Malaysia!

Acer PM161Q B

Monitor mudah alih ini mempunyai reka bentuk yang nipis dengan satu wayar USB C. Panel FHD IPS-nya menawarkan pengalaman tontonan yang mengagumkan dengan sudut pandangan sehingga 170 darjah. PM161Q turut memudahkan pelbagai tugasan atau perkongsian layar dengan ruang kerja tambahan yang berukuran 15.6”.

Sumber: Acer

Pengguna hanya perlu menyambung paparan PM161Q B kepada laptop melalui USB C untuk mencerminkan atau meluaskan paparan-paparan. Sambungan yang sama juga membekalkan kuasa pada masa yang sama. Paparan ini datang dengan dua port USB C yang menyokong pelbagai peranti seperti telefon bimbit dan konsol gaming dan membolehkan para pengguna untuk memindah data atau meluaskan paparan ke layar tambahan.

Tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, paparan Acer PM161Q B dijual dengan harga RM459.

Siri Acer SA2

Dengan profil yang nipis dan reka bentuk ZeroFrame, siri Acer SA2 sesuai digunakan di rumah atau pejabat. Barisan monitor ini menyediakan visual yang jelas dan luar biasa dengan layar lebar beresolusi sehingga 4K dengan harga yang berpatutan lengkap dengan teknologi yang melindungi kesihatan mata. Acer VisionCare™ ditujukan untuk mengurangkan beban terhadap mata dan meningkatkan keselesaan pandangan menyeluruh, menyediakan pengalaman tontonan yang menyenangkan lagi selesa. Pada masa yang sama, stand yang boleh dicondongkan membolehkan penyelarasan yang sesuai untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa. Terdapat tiga pilihan Acer SA2 yang anda boleh dapatkan iaitu:

  • SA322QK mempunyai panel VA 4K sebesar 31.5 inci yang menyokong refrest rate sehingga 60Hz.
  • SA322QU A dan SA272U E masing-masing dilengkapi dengan panel IPS 31.5-inci dan 27-inci beresolusi WQHD dengan refrest rate sehingga 75Hz dan 100Hz.
  • SA322Q A datang dengan panel IPS 31.5-inci yang beresolusi FHD dengan refresh rate sehingga 75Hz.
Acer Monitor
Sumber: Acer

Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, siri paparan Acer SA dijual dengan harga bermula dari RM 629.

Siri Acer Nitro VG2

Acer Nitro VG272K V3 dan VG272U W2 masing-masing dilengkapi panel IPS 4K dan WQHD, menyediakan warna seakan hidup dengan sudut pandangan seluas 178 darjah. VG272K V3 memastikan pengeluaran warna yang tepat dengan liputan gamut warna DCI-P3 sehingga 95%, manakala VG272U W2 meliputi 99% sRGB.

Kedua-dua model dari siri Acer Nitro VG2 ini menawarkan refresh rate yang mengagumkan sehingga 160Hz dan 240Hz dan response rate secepat 0.4ms (GTG), yang memastikan pengalaman gaming yang lancar. BlueLightShield Pro daripada Acer mengurangkan cahaya biru yang mengurangkan ketepatan dan keterangan warna, memastikan pengalaman tontonan yang menyenangkan.

Acer Monitor
Sumber: Acer

Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, siri Acer Nitro VG2 dijual dengan harga bermula dari RM1,199.

Untuk mendapatkan liputan lanjut mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: acer malaysiaAcer Nitro VG2Acer PM161Q BSiri Acer SA2
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia Bawa Peranti Gaming Baharu untuk Siri Predator Helios & Nitro!

Next Post

ASUS Malaysia Perkenalkan Siri Baharu Expertbook B1 dan AiO A3! Harga Bermula RM 2,699!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Malaysia Perkenalkan Siri Baharu Expertbook B1 dan AiO A3! Harga Bermula RM 2,699!

ASUS Malaysia Perkenalkan Siri Baharu Expertbook B1 dan AiO A3! Harga Bermula RM 2,699!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd