Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disney Umumkan Tarikh Tayangan Frozen 3, Toy Story 5, Moana 2 & Banyak Lagi!

Maira by Maira
February 8, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Disney Umumkan Tarikh Tayangan Frozen 3, Toy Story 5, Moana 2 & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Disney telah pun mengadakan persidangan earning call dan mengumumkan beberapa kemas kini baharu untuk barisan filem yang sedang dihasilkan. Sudah tentu ramai yang menantikan sekuel-sekuel filem yang diumumkan pada tahun lalu. Buat peminat yang menantikan Frozen 3 dan Toy Story 5, nampaknya kedua-dua filem tersebut sudah mempunyai jadual tayangannya.

Sumber: Disney

Didedahkan oleh CEO Disney, Bob Iger, filem Zootopia 2 akan hadir pada November 2025. Filem pertamanya telah ditayangkan buat pertama kali pada 2016. Sekuel ini telah pun diumumkan pada Februari tahun lalu, bersama-sama filem animasi sekuel lain seperti Frozen 3 dan Toy Story 5. Walaupun begitu, kedua-dua filem animasi tersebut akan ditayangkan pada 2026. Boleh tahan lama juga penantian untuk menontonnya.

Sumber: Disney

Bukan setakat itu sahaja, persidangan tersebut telah pun mendedahkan bahawa filem Moana bakal mendapat sekuel! Ia juga telah dijadualkan untuk tayangan pada bulan November ini. Teaser pendek filem juga telah dikeluarkan. Kalau anda ingin tahu, animasi ini sebenarnya bermula sebagai sebuah siri tetapi telah ditukar menjadi sebuah filem.

Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai jalan ceritanya, jadi nantikan kemas kini lanjut mengenainya pada masa akan datang. Anda boleh tonton teaser pengumuman tersebut di bawah.

Disney juga masih mempunyai barisan filem hebat yang akan ditayangkan pada tahun ini, sebagai contoh Kingdom of the Planet of the Apes, Inside Out 2, Mufasa: The Lion King dan tidak dilupakan Deadpool 3 yang akan membawa kembali Wolverine! Jadi nantikan keluaran kesemua filem ini di pawagam seluruh negara!

Untuk mendapatkan segala berita mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Frozen 3Moana 2Toy Story 5Zootopia 2
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Servis Gaming & Streaming Mungkin Meningkat Kerana Kenaikan Cukai SST!

Next Post

ASUS Dedahkan Harga ROG Zephyrus G14 & TUF Gaming A15 Dengan Cip AMD untuk Pasaran Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Dedahkan Harga ROG Zephyrus G14 & TUF Gaming A15 Dengan Cip AMD untuk Pasaran Malaysia!

ASUS Dedahkan Harga ROG Zephyrus G14 & TUF Gaming A15 Dengan Cip AMD untuk Pasaran Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd