Konami Digital Entertainment berkongsi butiran pra-pesan digitalnya untuk CONTRA: ROGUE CORPS dan selain daripada bundle pre-order digital standard, CONTRA: ROGUE CORPS dengan bundle Season Pass kini boleh didapati melalui kedai-kedai digital yang terlibat, dengan permainan penuh ditetapkan untuk pelancaran pada 24 September. Harga pre-order untuk CONTRA: ROGUE CORPS ialah RM142.00 dan Season Pass Bundle ialah RM160.00.
Pre-Order Contra: Rogue Corps mengandungi:
- Permainan penuh CONTRA: ROGUE CORPS.
- Dua t-shirt digital yang boleh digunakan ke Hungry Beast in-game.
- Pre-Order PS4 termasuk tema eksklusif yang menampilkan karya seni dari illustrator legendaris Tom DuBois.
CONTRA: ROGUE CORPS adalah permainan twin-stick, third-person action yang dihasilkan untuk Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC (STEAM). Daripada pengarah KONTRA III: THE ALIEN WARS dan CONTRA: HARD CORPS, Nobuya Nakazato menanamkan lebih daripada 25 tahun pengalaman francais ke dalam CONTRA: ROGUE CORPS dengan musuh-musuh yang terlebih gila, aksi yang lebih tinggi, dan senarai watak yang menambah kepelbagaian di dalam permainan.
Beberapa tahun selepas peristiwa Alien Wars, CONTRA: ROGUE CORPS berkisarkan sekumpulan bekas tentera yang hidup sebagai bounty hunter dan pencari harta karun di Damned City. Untuk bertahan hidup, mereka memerlukan reaksi yang cepat, senjata yang kuat, dan perubahan organ cybernetic sekali. Ketika pemain melengkapkan misi dalam kempen PVE, mereka akan mengumpulkan sumber untuk meningkatkan senjata mereka dan juga watak. CONTRA: ROGUE CORPS juga memberi ciri multiplayer yang mantap, di mana rakan boleh bertemu secara online atau couch co-op untuk membunuh musuh bersama-sama.
@gamersantaimy
Discussion about this post