Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan — Menurut Staf Studio!

Maira by Maira
January 17, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan — Menurut Staf Studio!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas setahun tayangan Lycoris Recoil, ramai peminat ternanti-nantikan berita lanjut mengenai projek anime baharu yang telah diumumkan pada tahun lepas. Nampaknya ada staf A-1 Pictures yang “terbocor” rahsia mengenai projek anime tersebut. Dilaporkan bahawa projek anime baharu Lycoris Recoil merupakan sebuah filem!

©Spider Lily/Aniplex, ABC ANIMATION, BS11

Melalui tweet yang sudah dipadam, Shunsuke Sugimoto yang merupakan salah seorang staf di A-1 Pictures, telah mendedahkan filem Lycoris Recoil sedang dihasilkan. Ini merupakan berita baharu yang didedahkan sejak pengumuman projek anime itu. Sudah tentu ini menarik perhatian ramai peminat malah tidak sabar untuk menontonnya, setelah Sugimoto mendedahkan bahawa ianya menarik. Malah dia turut menyatakan supaya peminat menantikannya.

Sumber: AnimeHunch

Walaupun begitu, masih tiada berita rasmi yang dikeluarkan oleh Aniplex. Jadi kita nantikan pengumuman rasmi mengenai filem ini pada masa akan datang.

Tentang Lycoris Recoil

Siri anime original ini telah dihasilkan oleh A-1 Pictures dan ditayangkan pada Julai 2022 di seluruh dunia pada pelbagai platform. Sejak episod pertama anime itu ditayangkan, ia telah menarik perhatian daripada ramai penonton anime malah menjadi salah satu tajuk yang banyak dicari di Google pada tahun tersebut.

©Spider Lily/Aniplex, ABC ANIMATION, BS11

Berikut adalah sinopsis rasmi Lycoris Recoil:

Untuk hari-hari yang damai ini――ada rahsia di sebaliknya. Organisasi rahsia yang menghalang jenayah: “DA – Direct Attack”. Dan kumpulan ejen perempuan mereka: “Lycoris”. Kehidupan seharian yang aman ini datang daripada kumpulan gadis-gadis muda ini.

Chisato Nishikigi ialah ejen elit Lycoris terkuat bersama Takina Inoue, Lycoris yang berbakat tetapi agak misteri. Mereka bekerjasama di salah satu cawangannya–Café LycoReco. Di sini, tempahan kafe ini terdiri daripada kopi dan gula-gula kepada penjagaan kanak-kanak, membeli-belah, mengajar bahasa Jepun kepada pelajar asing, dan lain-lain. Kebanyakan tugas yang diberikan tidak sesuai untuk Lycoris. Kehidupan seharian yang huru-hara bagi pasangan itu kini bermula!

©Spider Lily/Aniplex, ABC ANIMATION, BS11

Untuk mendapatkan segala liputan kami mengenai anime, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lycoris Recoil
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Palworld, F1 23, Persona 3 Reload & Banyak Lagi!

Next Post

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy — Hadir Dengan Kandungan Istimewa & Ikon Comel untuk Anda gunakan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy — Hadir Dengan Kandungan Istimewa & Ikon Comel untuk Anda gunakan!

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy -- Hadir Dengan Kandungan Istimewa & Ikon Comel untuk Anda gunakan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd