Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FOAMSTARS Bakal Lancar Secara Eksklusif di PS5 & PS4 pada 6 Februari Ini!

Maira by Maira
January 17, 2024
in Artikel, Game, Game Baru, Multiplayer, PS4, PS5, Shooter
0 0
0
FOAMSTARS Bakal Lancar Secara Eksklusif di PS5 & PS4 pada 6 Februari Ini!

Sumber: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa game 4v4 party shooter, FOAMSTARS akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5 dan PlayStation 4 secara global pada 6 Februari 2024. Bukan setakat itu sahaja, ahli PlayStation Plus boleh tuntut, muat turun dan main game ini tanpa sebarang kos bermula 6 Februari sehinnga 4 Mac 2024.

Tentang FOAMSTARS

FOASTARS merupakan game 4v4 party shooter dalam talian, di mana anda memilih seorang daripada barisan watak yang berwarna-warni dan beraksi bersama mereka ke dalam pelbagai mode game dan arena!

Berbeza dengan game shooter multiplayer yang lain, peluru anda adalah buih! Anda boleh gunakna buih tersebut untuk membina terrain, meluncur dengan laju, mencipta sudut pandang dan banyak lagi!

Mode Game yang Tersedia

Game ini menawarkan pelbagai mode termasuklah multiplayer dan kandungan single-player untuk anda mainkan. Antaranya adalah:

Smash the Star (4v4)

Sumber: Square Enix

Ia adalah pertandingan 4v4, di mana matlamatnya adalah untuk membuih lawan anda dan mengeluarkan mereka.

Apabila tujuh pemain daripada satu pasukan telah dikalahkan, pemain yang berprestasi tertinggi dalam pasukan itu akan dinobatkan sebagai ‘Star Player’ dan dianugerahkan beberapa buff berguna. Matlamat pasukan lawan kemudiannya adalah untuk mengeluarkan Star Player itu dan memenangi permainan.

Happy Bath Survival (4v4)

Sumber: Square Enix

Mod ini membahagikan pasukan dengan separuh daripadanya berada dalam arena dan separuh di luarnya untuk setiap pusingan. Pemain di luar arena boleh membantu rakan sepasukan mereka dengan meletakkan buih pertahanan dan teknik lain, manakala pemain dalam arena akan bertarung untuk meraih kemenangan!

Rubber Duck Party (4v4)

Sumber: Square Enix

Untuk mode ini, anda perlu memanjat itik getah untuk mara ke arah gol lawan anda. Jika melepasi garisan, kemenangan adalah milik anda. Sudah tentu pihak lawan juga akan melakukan perkara yang sama untuk menguasai itik anda.

FOAMSTAR Mission (Solo)

Setiap FOAMSTAR mempunyai kisah tersendiri. Jadi anda boleh mengenali watak-watak ini dan mencuba kebolehan mereka sebelum beraksi dalam multiplayer.

Squad Mission (4-player co-op)

Anda boleh melakukan misi berkumpulan bersama 3 rakan lain bersama. Selesaikan gelombang musuh untuk mendapatkan upgrade dengan efek berbeza untuk FOAMSTARS.

Sumber: Square Enix

Cabaran FOAMSTARS

Selain daripada perlawanan, anda juga boleh mendapatkan ganjaran dalam FOAMSTARS dengan melengkapkan Challenges! Terdapat tiga jenis cabaran iaitu:

  • Anytime
  • Limited-Time
  • Weekly

Setiap cabaran itu mempunyai ganjaran tersendiri untuk dituntut. Ada antaranya memerlukan anda bermain untuk selesaikannya dan sudah tentu ada yang lebih susah untuk diselesaikan. Beberapa ganjaran hanya boleh dibuka melalui cabaran ini, sebagai contoh watak misteri “The Baristador”.

Sumber: Square Enix

Update Bermusim

Sepanjang tahun pertama game, akan ada kemas kini bermusim percuma, yang akan merangkumi watak baharu, peta, mode dan banyak lagi.

Semasa bermain, anda akan memperoleh XP daripada perlawanan atau misi dan meningkatkan tier anda. Apabila tier meningkat, ganjaran tambahan akan dibuka!

Anda juga boleh membeli Premium Season Pass, yang termasuk ganjaran eksklusif dan membuka ganjaran lain lebih awal. Sebagai contoh, dalam musim pertama, watak Mel T akan dibuka serta-merta dengan Premium Pass. Nantikan kejutan yang akan hadir dalam FOAMSTARS untuk tahun pertama ini!

Sumber: Square Enix

FOAMSTARS akan tersedia secara eksklusif di PS5 dan PS4 pada 6 Februari ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: FOAMSTARSsquare enix
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Part II Remastered Review (PS5)- No Return Yang Menyeronokkan, Kekal Terbaik Pada PS5!

Next Post

Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang di Pawagam Malaysia Terpilih pada 25 Januari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang di Pawagam Malaysia Terpilih pada 25 Januari Ini!

Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang di Pawagam Malaysia Terpilih pada 25 Januari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd