Sebelum ini PlayStation Store dan Epic Games Store telah memberikan permainan FOR HONOR secara percuma untuk dimuat turun oleh pemain dalam waktu yang terhad, kini pada peminat yang tidak sempat memuat turun permainan ini, sekali lagi FOR HONOR diberikan secara percuma di UBISOFT STORE!
FOR HONOR adalah sebuah permainan aksi yang membenarkan pemain membawa watak bersejarah sebagai askardan pahlawan yang termasuk samurai, vikings. Bukan itu sahaja, tahun lalu dimasukkan watak Wu Lin dalam abad pertengahan yang dikawal menggunakan perspektif orang ketiga. Permainan yang dihasilkan sendiri oleh Ubisoft ini hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Jadi sekali lagi diberi peluang kepada peminat untuk memuat turun secara percumadi UBISOFT Store, tapi pastikan anda ada Uplay untuk mendapatkanya. Waktu untuk dapatkan permainan ini secara percuma adalah terhad! Hanya sehingga 28 Ogos 2019, jadi cepat-cepat dapatkan sebelum terlambat!
Ini adalah tahun ketiga buat FOR HONOR berada diprasada permainan dan telah melancarkan kelas Black Prior serta Hitokiri. Dijangkakan dua lagi set akan dibebaskan hujung tahun ini. Pelbagai lagi yang akan Ubisoft berikan kepada peminat seperti acara baru, barangan baru dan pelbagai lagi!
Jadi pada sesiapa yang nak memuat turun percuma permainan For Honor ini, hanya pergi ke laman web Ubisoft Store. Kalau tiada account Uplay, jangan risau nanti dalam laman web Ubistore tu akan ada “Get it for free” dalam tu nanti anda boleh memuat turun Uplay dan launcher akan dibuka, Lepas tu bolehla anda redeem For Honor dalam akaun Uplay dan muat turunya.
Sumber: Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post