Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece “Egghead Arc” Akan Hadir ke Netflix pada 13 Januari Ini!

Maira by Maira
January 8, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
One Piece “Egghead Arc” Akan Hadir ke Netflix pada 13 Januari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berakhirnya Wano Arc, Luffy dan krewnya akan lalui sebuah lagi pengembaraan hebat dalam arc baharu “Egghead”, sebuah pulau yang mempunyai kemajuan dan teknologi yang lebih moden berbanding pulau-pulau lain. Berita menariknya, anda boleh menonton One Piece “Egghead Arc” ini di Netflix pada 13 Januari 2024. Perkara ini didedahkan sendiri oleh akaun sosial media Netflix! Jadi jangan lupa untuk tandakan tarikh tersebut di kalendar anda nanti!

Di sebuah pulau yang kemajuan sains dan teknologinya melepasi batas akal, apakah rahsia besar yang akan dibongkarkan oleh Straw Hat Pirates di Egghead?#OnePiece: Egghead Arc bakal tiba di Netflix, 13 Jan. pic.twitter.com/srCf1jOmXR

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) January 7, 2024

Bukan setakat itu sahaja, Toei Animation turut mendedahkan teaser untuk episod pertama arc tersebut. Dalam teaser episod 1090, kita melihat krew Straw Hat tiba di Egghead Island. Gaya animasi untuk arc ini juga kelihatan sedikit berbeza daripada arc sebelumnya. Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.

Jadi peminat One Piece mempunyai platform baharu untuk layan arc baharu ini nanti. Tetapi kalau anda merancang untuk menonton kesemua episod anime ini, mungkin anda perlu bergantung pada platform lain seperti iQIYI kerana Netflix masih lagi mengemas kini episod-episod terdahulu One Piece. Buat masa ini, hanya saga “East Blue” sehingga “Water 7” sahaja yang tersedia.

Apa Yang Akan Berlaku Di Pulau Egghead?

Jika ada yang ingin tahu tentang pengembaraan seterusnya (jangan risau, tiada spoiler); Egghead Arc -juga dipanggil sebagai Future Island Arc- ialah story arc yang ke-32 dalam manga dan anime Piece. Bukan itu sahaja, ini ialah story arc pertama dalam Final Saga yang merupakan pengakhiran One Piece. Peristiwa yang berlaku di Reverie dan Onigashima telah menyebabkan perubahan besar di seluruh dunia yang boleh membawa kepada perang global. Luffy, yang kini digelar sebagai salah satu Yonko dengan bounty 3 bilion berry, dikejar oleh seluruh Marine, jadi mereka membuat keputusan untuk bergerak ke lokasi seterusnya.

Sumber: Toei Animation

Mereka mengikuti Log Pose dan akhirnya tiba di pulau Egghead yang misteri dan futuristik di mana duduknya si genius Dr. Vegapunk. Walau bagaimanapun, selepas dimaklumkan tentang penyelidikan Vegapunk tentang Void Century, World Government memutuskan untuk menghantar pasukan CP0 untuk membunuh Vegapunk. Pengkhianatan dan tipu daya di semua pihak membawa kepada kepungan Marin di pulau itu yang akan meningkat menjadi insiden mengejutkan dunia.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixone pieceOne Piece Egghead Arc
ShareTweetSend
Previous Post

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories Didedahkan! Bakal Lancar Pertengahan Tahun 2024!

Next Post

Acer Memperkenalkan Aspire Vero 16, Berciri Neutral Karbon & Intel Core Terbaharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Acer Memperkenalkan Aspire Vero 16, Berciri Neutral Karbon & Intel Core Terbaharu!

Acer Memperkenalkan Aspire Vero 16, Berciri Neutral Karbon & Intel Core Terbaharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd