HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa telefon pintar flagship baharu mereka iaitu HONOR Magic V2, sebuah peranti yang paling nipis dan ringan boleh lipat akan hadir ke Malaysia! Sejak pelancarannya di China pada bulan Julai yang lalu, HONOR Magic V2 telah dinanti-nantikan oleh ramai pengguna gajet di Malaysia.

Kalau anda ingin tahu, HONOR Magic V2 ialah telefon boleh lipat pertama dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat. Ini menjadikannya pilihan terbaik era baharu dalam reka bentuk telefon pintar. HONOR Magic V2 mempunyai badan ultra-langsing berukuran hanya 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm yang menakjubkan apabila dibuka. Ketebalannya itu hampir sama seperti tiga kad kredit yang bertindan. Beratnya juga hanya 231g, lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu.
Peranti ini juga direka untuk menawarkan fungsi yang tiada tandingan dan reka bentuk yang anggun dan canggih di pasaran. Jom kita lihat lebih mendalam tentang telefon hebat ini.

Engsel Titanium yang sangat ringan
HONOR Magic V2 menggunakan engsel titanium superlight yang diperbuat daripada aloi titanium, bahan gred aeroangkasa untuk mencapai keseimbangan ideal antara berat dan kekuatan. Berbanding dengan aloi aluminium, aloi titanium adalah 150% lebih kuat, menjadikannya bahan yang sangat baik untuk telefon boleh lipat yang ringan. Ditambah pula dengan HONOR Shield Steel, ia boleh memastikan engsel dapat menahan haus daripada penggunaan harian.
Dengan segala penemuan ini, peranti ini boleh bertahan lebih daripada 400,000 lipatan, walaupun dilipat 100 kali sehari dan dipercayai tahan untuk jangka hayat sehingga 10 tahun.


Struktur dan komponen termaju HONOR
HONOR Magic V2 menampilkan struktur sokongan engsel yang direka bentuk semula, mengurangkan ketebalan sebanyak 75% dan kedutan pada skrin dalamsebanyak 47% berbanding model dahulu. Struktur brek canggih baharu memastikan kelancaran dan kestabilan semasa membuka dan menutup pada pelbagai sudut. Ciri ini berguna untuk aplikasi praktikal seperti fotografi hover dan persidangan.
Selain itu, HONOR memperkenalkan komponen kunci mikro dengan saiz seperti butir beras yang menghalang kesalahan jajaran dan kedutan skrin untuk prestasi optimum.
Lebih banyak ruang, kuasa dan ruang wap ultra-nipis
Walaupun reka bentuknya yang sangat nipis, HONOR Magic V2 hadir dengan bateri karbon silikon 5000mAh yang besar melalui komponen driver paparan ‘tiga dalam satu’. Reka bentuk inovatif ini membenarkan lebih banyak ruang dalam telefon.
Untuk mengelakkan pemproses peranti daripada terlalu panas, ruang wap ultra nipis (VC) yang dipanggil HONOR Ultra-thin Bionic VC Cooling System digunakan pada peranti untuk mengekalkan prestasi optimum untuk ketahanan jangka panjang.

Akhir sekali, peranti boleh lipat ini didatangkan dengan antena ultra nipis, yang menampilkan reka bentuk nipis tiga milimeter, menjadikannya paling nipis dalam industri boleh lipat.
Kesemua inovasi ini menjadikan HONOR Magic V2 pilihan terbaik era baharu dalam industri telefon pintar, mempamerkan telefon boleh lipat sebagai inovasi hebat untuk generasi akan datang. Peranti ini sememangnya telefon yang akan menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakan teknologi boleh lipat baharu.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi di Malaysia belum diumumkan. Jadi kita nantikan tarikh pelancarannya pada masa akan datang. Untuk membaca segala liputan mengenai produk HONOR, klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post