Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia 410: All For One Akhirnya Kecundang, Satu Quirk One For All Dicuri! [SPOILER]

Maira by Maira
December 28, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
My Hero Academia 410: All For One Akhirnya Kecundang, Satu Quirk One For All Dicuri! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia kembali dengan bab baharu membawa kita ke pertarungan antara Bakugo dan All For One. Nampaknya pertarungan tersebut akan tamat dalam bab ini. Bukan setakat itu sahaja, ada kejutan yang menanti Deku semasa bertarung dengan Shigaraki. Jom kami ceritakan secara ringkas perkara yang terjadi dalam My Hero Academia 410.

AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 410!

Bab baru ini bermula dengan All For One yang ingin pergi ke Shigaraki untuk memberikan Quirk-nya yang membolehkannya mendapat badan yang hebat. Dia sebenarnya mempunyai rancangan lain untuk mendapatkan One For All dengan menggunakan badan Shigaraki. Sambil dia meminta tolong adiknya untuk memusnahkan masa depan orang ramai, badannya sedikit demi sedikit mengecil sehingga menjadi bayi.

Sumber: Manga Plus

Bakugo yang sudah semakin parah, terkejut melihat antagonis itu masih lagi hidup selepas letupan yang diberikannya. Mendapati dirinya jatuh, Bakugo teringat perbualannya dengan Kirishima. Memori itu memberikannya sedikit kekuatan untuk tumpaskan All For One, yang nampak marah melihat Bakugo masih berdiri. AFO akhirnya melepaskan serangan untuk menikam Bakugo. Walaupun begitu serangan tersebut tidak berjaya dan dimusnahkan oleh Bakugo.

Kita dibawa melihat Hawks, di mana dia dapat merasakan bahawa Quirk AFO kembali kepada pemiliknya sebelum dia sendiri hilang selepas itu. All For One pula bertukar menjadi fetus sehingga sel sebelum hilang sepenuhnya serta-merta. Bakugo cuba untuk melakukan pose kemenangan All Might tetapi tidak berdaya lalu rebah.

Sumber: Manga Plus

Kembali ke pertarungan antara Deku dan Shigaraki, villain itu menerangkan bagaimana kuasa Decay-nya berfungsi, yang membolehkannya memusnahkan Shizuoka dengan cepat. Melihat kehebatan kuasa itu, nampaknya tiada masalah untuk Shigaraki lupuskan bandar itu dalam masa kurang seminggu. Sambil melihat kemusnahan tersebut, Deku sedang memikirkan cara untuk menghentikan Shigaraki dengan pantas kerana dia tahu dia tidak akan bertahan lama. Shigaraki selepas itu memberitahu bahawa AFO telah mati dan rasa sedikit menyesal kerana membiarkan Bakugo terus hidup.

Sempat lagi dia berterima kasih kepada AFO kerana membuatkannya lebih kuat untuk bersaing dengan Deku. Dia kemudian cuba menyentuh muka Deku tetapi dengan Danger Sense, Deku berjaya menghalangnya tetapi Shigaraki masih berjaya mencuri Quirk Danger Sense. Bab My Hero Academia 410 tamat dengan Shigaraki bertanya kepada Deku sejauh mana dia boleh bertahan dalam pertarungan ini.

Sumber: Manga Plus

Melihat salah satu daripada Quirk One For All hilang, sudah semestinya membuatkan Deku lebih dalam bahaya. Mengenali hero itu, pasti dia akan fikirkan sesuatu untuk terus menghentikan villain tersebut. Tidak sabar untuk melihat apa yang akan dipersembahkan dalam bab seterusnya.

Anda boleh baca bab penuh My Hero Academia 410 menggunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.

ShareTweetSend
Previous Post

Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global

Next Post

Studio Game Jepun Terkemuka Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2024 Termasuk Projek Game

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Studio Game Jepun Terkemuka Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2024 Termasuk Projek Game

Studio Game Jepun Terkemuka Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2024 Termasuk Projek Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd