Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

Maira by Maira
December 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

©2024 青山剛昌/名探偵コナン製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas didedahkan pada hujung bulan November yang lalu, akhirnya trailer rasmi untuk filem ke-27 Detective Conan telah pun didedahkan! Bukan setakat itu sahaja, visual utama untuk filem Detective Conan: Hyakuman Doru no Michishirube (The Million-Dollar Five Guiding Stars) turut didedahkan, memaparkan Kaito Kid, Heiji dan Conan. Filem tersebut akan ditayangkan di Jepun pada April 2024.

Berikut adalah sinopsis untuk filem Detective Conan: Hyakuman Doru no Michishirube:

Pada penghujung zaman Edo, Toshizo Hijikata, naib komander Shinsengumi, bersenjatakan pedang yang dipanggil Seiryo telah diserang. Beralih ke masa depan, Kaito Kid yang sepatutnya menyasarkan permata yang dipanggil Big Jewel, menerima notis bahawa dia mendapatkan sebilah pedang tanpa sebab tertentu dan Conan cuba menyiasatnya manakala Heiji menyerang Kid membawa kepada pertarungan pedang antara mereka berdua. Apakah “kebenaran” yang tersembunyi pada pedang Toshizo Hijikata itu?

©2024 青山剛昌/名探偵コナン製作委員会

Lebih menarik sekali, filem kompilasi bertajuk Detective Conan vs. Kid the Phantom Thief akan turut ditayangkan di Jepun pada Januari 2024. Ia merupakan filem yang mengumpulkan episod siri yang diedit semula termasuklah pengenalan Kaito Kid serta babak baru antara kedua-dua watak itu.

Memandangkan filem baharu ini masih belum ditayangkan, memang susah untuk jangka bila ia akan hadir ke pawagam Malaysia. Tetapi jika melihat tahun sebelum ini, ada kemungkinan juga kita dapat menonton filem kompilasi Conan dan Kaito Kid ini sebelum tayangan filem ke-27 itu. Kita tunggu sahaja pengumuman daripada pengedar filem rasmi pada masa akan datang!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Detective Conan daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Detective ConanDetective Conan the Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!

Next Post

Hanya Tahan Satu Bulan, ‘The Day Before’ Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Death Stranding World Strand Tour 2 – Konsert Istimewa Sempena Death Stranding 2
Konsert

Death Stranding World Strand Tour 2 – Konsert Istimewa Sempena Death Stranding 2

May 15, 2025
DreadOut 3 Diumumkan, Bakal Menakutkan Pemain Pada 2026
Berita

DreadOut 3 Diumumkan, Bakal Menakutkan Pemain Pada 2026

May 15, 2025
Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Closed ‘Containment Test’ Beta
Beta

Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Closed ‘Containment Test’ Beta

May 15, 2025
Next Post
Hanya Tahan Satu Bulan, ‘The Day Before’ Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024

Hanya Tahan Satu Bulan, 'The Day Before' Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd