Makin sudah mendekati tarikh ujian beta tertutup bagi permainan Mega Man X Dive makin banyak lagi akan ditambah untuk anda mencuba sebagai penguji beta! Awal bulan ini kami ada mengongsikan mengenai pengumuman pembukaan pendaftaran yang terhad untuk ujian beta tertutup Mega Man X Dive ini, belum lagi bermula, nampaknya CAPCOM menambah mod PvP pula untuk permainan ini!
Bagi mengenalkan lebih ciri untuk Mega Man X Dive, CAPCOM memperkenalkan dua pengenalan lagi. Satu adalah PvP mod terbaru dan satu lagi watak terbaru yang ada didalam permainan ini!
Tewaskan Musuh anda! Dapatkan Chip untuk Power UP!
Peminat dari Mega Man kebanyakan tahu mereka boleh mendapatkan kemahiran dari Bos selepas mengalahkan mereka dan menjadi sistem “Chip” dalam Mega man X Dive. Pemain akan mendapat skil selepas memiliki Chip tersebut seperti boleh menggunakan “Iron Ball” ketika mengalahkan “Moah The Giant”.
Bukan itu sahaja, dengan sistem Chip, mana-mana watak untuk permainan ini akan mendapat keupayaan untuk berpindah ke skil Bos. Serta, Kemahiran Pasif dan Membantu ( Passive Skills and Assistive Skills ) untuk pemain turut memilih.
Kehadiran Mod PvP
Plot penceritaan Mega Man X Dive ialah dunia komputer dimana data permainan disimpan sebagai “Deep Log”, yang bermaksud semua pemain dapat berinteraksi satu sama lain apabila memasukinya. Sebelum ini terdapat mod Co-Op , kali ini pasukan Mega Man X Dive memperkenalkan Mod PvP yang tidak pernah ada didalam siri Mega Man untuk semua pemain dari pelbagai negarauntuk bermain bersama!
Kini Hadir Watak Terbaru – RiCO!
Satu watak comel perempuan yang memakai skirt ala-ala mecha dengan rambutnya yang pendek berwarna bitu bersama perwatakanya yang nampak baik dan lembut. RiCO akan datang membantu anda bila-bila masa jika anda memerlukan bantuan!
Jadi jangan terlepas untuk mencuba Ujian Beta Tertutup ini dan daftar di laman web CBT Mega Man X Dive. Juga jangan lupa terus kemaskini dengan ikuti laman web rasmi Mega Man X Dive, Facebook dan Twitter – nya.
@gamersantaimy
Discussion about this post