Di acara Jump Festa 24′ baru-baru ini, francais One Piece telah mendedahkan macam-macam berita dan projek menarik. Malah, pencipta Eiichiro Oda turut menjelaskan rancangan manga One Piece pada tahun 2024; di mana krew Straw Hat akan berlayar ke pulau baru dan satu pertarungan terbesar antara dua watak kuat akan berlaku.
Berikut ialah mesej Eiichiro Oda tentang One Piece semasa Jump Festa 2024:
Tahun depan adalah ulang tahun anime yang ke-25!! Kami mempunyai projek besar dalam rancangan yang anda pasti suka!!
Sudah tentu, itu tidak bermakna saya akan duduk sahaja apabila bercakap tentang manga. Begitu banyak watak melalui beberapa cabaran penting tahun ini. Dunia mereka boleh menjadi tempat yang benar-benar menakutkan. Jika Luffy dan kru berjaya keluar dari Egghead dengan selamat…adakah anda fikir mereka akan pergi ke…PULAU ITU? Maksud saya, saya sudah fikirkan laluan untuk mereka yang tidak melibatkan [pulau itu] tetapi… Saya tidak pasti saya boleh menghalang Luffy, walaupun mahu. Jika mereka pergi, anda tahu itu bermakna akan ada pertarungan besar untuk mendapatkan…BARANG ITU!
Dan akhir sekali, pertarungan yang ditunggu-tunggu antara ORANG ITU dan ORANG LAIN ITU mungkin mempunyai hasil yang tidak dijangka!!
– Eiichiro Oda.”
Berdasarkan mesej ini, agak jelas bahawa Luffy dan kru Straw Hat dapat melarikan diri dari Egghead. Walaupun dikepung oleh pihak Marine dan Saint Jaygarcia Saturn, mereka akan memenangi pertarungan itu dan melarikan diri. Dari sana, krru Straw Hat akan menuju ke destinasi baru iaitu Elbaf (yang pernah disebut Luffy oleh Luffy). Itulah satu-satunya petanda buat masa ini.
Seterusnya, sebuah pertarungan besar akan berlaku. Menurut Oda, dua watak kuat One Piece akan bertembung pada tahun 2024 dan keputusannya mungkin agak mengejutkan. Teori di internet mengatakan hanya tiga watak sahaja yang memenuhi krirteria “watak kuat ini” iaitu Luffy, Shanks, dan Blackbeard.
Kemungkinan pertama; Luffy melawan Shanks. Luffy ingin pergi ke Elbaf, dan pulau itu pula dilindungi oleh Shanks – satu pertembungan besar memang tidak boleh dielakkan. Lagipun di Punk Hazard, Luffy meluahkan hasrat untuk mengalahkan keempat-empat Yonko dan Shanks adalah salah satu daripadanya.
Satu lagi kemungkinan; Shanks melawan Blackbeard. Di Marineford, Blackbeard menyebut bahawa terlalu awal untuk mereka bertarung, namun mungkin inilah masanya untuk kedua-duanya beraksi. Selepas peristiwa Wano, kita dapat lihat Shanks pun sedang mencari Blackbeard. Sebelum meninggalkan Elbaf, sekali lagi dia bertanya kepada kru tentang lokasi Blackbeard. Jadi, ini mungkin pertarungan yang Oda maksudkan.
Selain rancangan manga, siri anime One Piece juga akan mendapat remake baharu oleh Netflix! Siri itu berjudul “The One Piece” dan akan dihasilkan oleh Wit Studio serta ditayangkan secara eksklusif melalui Netflix.
Korang boleh baca berita penuh kami tentang One Piece di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post