Hari ini, Aniplex telah mengumumkan Alterna Welt: Blue Exorcist Gaiden, sebuah RPG aksi 3D berdasarkan manga Blue Exorcist yang diterbitkan di Jump SQ. Game ini akan dikeluarkan untuk platform PC, iOS dan Android dan bakal dilancarkan pada musim panas (sekitar Jun – September) 2024 di Jepun.
Saya tidak pasti jika game ini turut akan dikeluarkan secara global tetapi anda boleh menonton video di bawah untuk sedikit gameplay:
Tidak banyak info didedahkan tetapi menurut deskripsi video:
“Sebuah RPG aksi 3D yang ditetapkan di True Cross Academy Town berdasarkan karya original. Menampilkan jalan cerita original sepenuhnya, serta watak original yang direka oleh Kazue Kato (pencipta sebenar). Banyak watak daripada siri ini akan muncul sebagai watak boleh dimainkan, termasuk Rin Okumura dan Yukio Okumura.”
Setakat ini, itu sahaja info yang saya peroleh tentang Alterna Welt: Blue Exorcist Gaiden.
Baru-baru ini, kita juga dapat berita bahawa anime Blue Exorcist: Shimane Illuminati Saga akan ditayangkan pada Januari 2024. Berbeza dengan siri dahulu, saga baharu anime ini tidak dihasilkan oleh A-1 Pictures tetapi diambil alih oleh studio VOLN yang pernah menghasilkan siri seperti Karakuri Circus, Idol Incidents dan filem I want to eat your pancreas.
Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Exorcist merupakan siri manga fantasi gelap Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kato Kazue. Mula diterbitkan dalam majalah Jump Square sejak April 2009, sebanyak 29 jilid tankōbon telah dikumpulkan setakat Julai 2023. Siri ini menjadi sangat popular sehingga diadaptasi kepada siri anime dengan dua musim serta satu filem anime.
“Kisahnya menceritakan tentang seorang remaja bernama Rin Okumura, yang menyedari dia dan adik kembarnya Yukio merupakan anak lelaki Satan, yang dilahirkan daripada seorang wanita manusia, dan dia adalah pewaris kuasa itu. Apabila Satan membunuh penjaga mereka, iaitu bapa angkat mereka – Fujimoto Shiro, Rin mendaftarkan diri di True Cross Academy untuk menjadi seorang Exorcist di bawah jagaan Yukio bagi menewaskan Satan yang juga merupakan bapa sebenarnya.“
Untuk membaca tentang segala liputan kami tentang Blue Exorcist, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post