Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review: Laptop Asus ROG Strix SCAR III (G531GW) – Rekaan Menarik Prestasi Gempak!

Asus ROG makin gempak membuat gaming laptop!

Nyny.A by Nyny.A
August 15, 2019 - Updated on August 22, 2019
in Artikel, Berita, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Review: Laptop Asus ROG Strix SCAR III (G531GW) – Rekaan Menarik Prestasi Gempak!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini kami dapat mencuba kembar laptop ini iaitu ASUS ROG Strix G – G531GU, kali ini sekali lagi Asus telah menghantar sebuah laptop gaming yang makin padu dari luaran dan dalamanya, iaitu Asus ROG Strix SCAR III – G531GW. Anda sendiri tahu, makin lama laptop gaming ROG memang makin tidak mengecewakan. Ini juga merupakan salah satu laptop kegemaran saya untuk tahun ini, mana tahu akan menjadi kegemaran anda juga nanti!

Dengan memaparkan pemproses Intel Core 9th Gen bersama grafik GeForce RTX 2070 dan VRAM 8GB, anda sendiri dah boleh agak bertapa hebatnya laptop ini dan memberi impak kegembiraan kepada pengguna yang suka bermain on-the-go dimana-mana sahaja!

Cukup bercakap banyak, mari kita mulakan review laptop yang menarik ini!

Reka Bentuk & Paparan 

Sampai sahaja ditangan kami,  dari kotak yang diberikan sahaja dah menampilkan isi dalamnya sudah semestinya menarik. Sehingga kami membuka kotak ini, terselah kegarangan laptop Scar III ini dengan rekaanya!

Dengan kolaborasi Asus bersama BMW Designwork Group, keunikan setiap garisan-garisan di papan pemuka laptop ini dan dihujung belakangnya dah menarik perhatian mata pengguna untuk terpukau! Logonya juga memukau dan akan berlampu bila dibuka, kemudian garisan di bahagian belakang laptop ini, bukan nya sekadar garisan tetapi sebenarnya ianya adalah ukiran untuk ruang pengudaraan 3D bagi menyejukan laptop ini hingga tahap maksimum!

Berwarna hitam kelabu asap atau sebenarnya adalah ‘gunmetal grey‘, Scar III mempunyai skrin yang nipis dengan skrin sebesar 15.6 inci! Bila anda on sahaja butang pembukanya, lampu Aura Sync lighting meliputi hampir keseluruhan papan kunci, bawah laptop termasuk logo laptop! Baru bermula dah bersedia untuk beraksi nampaknya Scar III ni!

Hampir sama seperti kembarnya Strix G, Scar 3 mempunyai lubang port dibahagian belakang laptop dan kirinya sahaja. Port bahagian belakangnya dilengkapi dengan port RJ-45 Jack untuk sambungan wayar kabel LAN, HDMI 2.0b untuk sambungan ke TV atau monitor 4K bagi meluaskan lagi pemandangan gambaran anda, USB 3.1 Type-C sambungan multitask? Apa ada masalah kan? dan port lubang power adapter untuk anda mengecas laptop ini.

Manakala di bahagian sisinya terdapat 3 lubang USB3.1 untuk menyenangkan pengguna menguna port-port usb ini dalam satu masa dan setempat juga lubang Audio Jack 3.5mm untuk anda sambungkan wayar headphone atau speaker untuk bunyi yang lebih padu.

Eh risau tiada butang on WiFi? Jangan risau, Scar III mempunyai pembinaan WiFi didalamnya, jadi ianya akan auto detect jika ada WiFi berdekatan.

Manakala untuk papan kuncinya mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk pengguna esports, dengan sentuhannya yang lembut, Pengenalan visual WASD kunci telus untuk kawalan biasa, pemilihan warna RGB kekunci untuk kebiasaan anda bagi ‘hotkeys’ ketika bermain game juga alunan warna aura disekeliling Scar III!

Kesemua ini anda boleh ubah di ROG Armory Crate! Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk menukar apa sahaja aura sync mengikut kesukaan masing-masing.

Selalunya kita akan memberi fokus kepada spec dalaman sesuatu laptop, atau keselesaan seperti penggunaan papan kekuncinya. Kali ini, aAda sesuatu lagi yang paling menarik untuk Scar III ini, iaitu KEYSTONE nya!

Apa itu Keystone? ROG Keystone adalah peranti yang boleh menyimpan maklumat Armory Crate dan juga membawa Shadow Drive yang boleh menyimpan data-data sulit. Keystone juga dijadualkan untuk mendapatkan fungsi tambahan pada masa akan datang.

Masa pasang je Keystone ini ke Scar III, ianya akan terus melancarkan aplikasi Armoury Crate. Jadi disitu anda boleh kita boleh menetapkan dan membuka kunci Shadow Drive. Ini seperti tambahan storan kepada pengguna untuk menyimpan data sulit di Keystone.

Spesifikasi

Cukup untuk reka bentuk dan paparan, kini kita beralih pula ke spesifikasi yang mantap didalam sebuah laptop yang kecik dan ringan ini! Skrinnya walaupun sebesar 15.6 inc, tetapi ianya dilengkapi Full HD (1920×1080)IPS-level panel bersama panel 240Hz dan 100% RGB tidak habis dengan itu, turut bersama Grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 bersama 8GB GDDR6 VRAM. Dia punya paparan ternyata sangatlah menyerlah!

Scar III memang sebuah laptop gaming yang senang dibawa kemana-mana, dengan saiz ya 360 (W) x 275 (D) x 24.9 (H) mm dan berat 2.57 kg, laptop ini dilengkapi pemproses Intel Core i7-9750H! Ia menyokong penuh sistem operasi Windows 10, teknologi Wifi dan Bluetooth 5.0 yang tertanam didalam, memori  DDR4 2666MHz SDRAM boleh diupgrade sehingga 32GB dan storan M.2 NVMe PCIE 3.0 512GB SSD.

Bukan itu sahaja, keseluruhan sistem ini boleh dikawal dengan aplikasi ROG Armoury Crate yag tersedia di Scar III. Semua performasi anda boleh lihat kawalanya disini termasuk kegunaan CPU, GPU, pengawal pengudaraan, memori,storan dan banyak lagi!

Prestasi 

Seperti biasa, kami sebagai wakil gamer-gamer sedunia tidak terlepas peluang untuk mencuba beberapa permainan didalam Scar III ini. Al-maklumlah, Scar III kan gaming laptop! Dengan Grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 ini puas hati lah kami bermain game!

Beberapa permainan video telah dicuba oleh kami untuk melihat sendiri ketahanan prestasi laptop Scar III ini. Untuk keseluruhan, grafik memang tiada masalah dan tiptop walaupun beresolusi tinggi! Kelajuan dan pelancaranya juga tiada masalah!

Sambil bermain, kami turut menguji beberaopa benchmark ketika bermain dengan perubahan grafik-grafiknya. Walaupun berkali diuji, ujianya semua berbaloi dan tiada masalah yang teruk.

 

1 of 9
- +

Cuma ada satu je, selepas bermain beberapa jam, prestasi bateri masih okay, hanya akan panas sedikit Scar III ini. Tetapi jangan risau! Kan ada Cooling Boost yang boleh dipasang! Memang cepat reda kesejukanya tetapi anda cuma kena tahan bunyi kipasnya agak kuat sedikit.

Seperti biasa juga, kami tidak terlepas untuk menguji Benchmark keseluruhan penggunaan laptop ini. Beberapa benchmark digunakan, kesemuanya memberi keputusan yang bagus!

Kan dah cakap, prestasi kesemuanya memang memuaskan, purata benchmark dalam 5000-6000 lebih memang terbaik lah!

Kesimpulannya…

Sesiapa yang teringin nak cari laptop gaming on-the-go yang tahan lasak, padu memang saya mencadangkan untuk beli laptop Scar III ini! Nak lepas geram ketika bercuti tak dapat hadap PC Gaming anda, boleh lah hadap Scar III ni ikut lah berapa jam pun! Harga untuk Asus ROG Strix SCAR III – G531GW ini boleh didapati bermula dari RM6,999 tetapi yang kami guna ni bermula dari RM7,999. Anda boleh layari sendiri laman web rasmi ASUS ROG untuk produk-produk lain. Jadi sampai disini, dan teruskan bersama kami untuk review-review produk lain yang akan datang okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusASUS ROG SCAR IIIAsus ROG Strix SCAR III (G531GW)Laptop ReviewROD SCAR III
Previous Post

Petua untuk kekal menguasai medan perang Garena Free Fire!

Next Post

Jadi Pengurus Bola Sepak dengan CLUB SOCCER DIRECTOR 2020 (CSD 20) yang Kini Hadir di Platform Mobile!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jadi Pengurus Bola Sepak dengan CLUB SOCCER DIRECTOR 2020 (CSD 20) yang Kini Hadir di Platform Mobile!

Jadi Pengurus Bola Sepak dengan CLUB SOCCER DIRECTOR 2020 (CSD 20) yang Kini Hadir di Platform Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd