Street Racing HD ialah game mobile racing yang dibangunkan oleh ivy Mobile. Street Racing HD menawarkan pelbagai in-game car customization, dan pemain mungkin boleh customize segala yang dibayangkan dalam game. Grafiknya, bagaimanapun, tidak mencapai standard hari ini, tetapi mengikut pada citarasa pemain, ada di kalangan kamu yang mungkin menyukainya, dan ada yang tidak.
Street Racing HD menawarkan pelbagai career mode serta PvP sehingga 6 pemain di mana mereka berlumba sesama sendiri di litar yang sama. Korang usya lu trailer rasmi ini untuk lebih memahami Street Racing HD.
Seperti kebanyakan permainan lumba lain, kita tidak akan tahu siapa pemenang sehingga kita duduk di kerusi pemandu. Tetapi pada pandangan pertama saya, ia kelihatan seperti game lumba yang menyeronokkan dan boleh membuang bosan di dalam LRT atau ketika menunggu KTM. Anggap seperti mengambil udara segar apabila korang dah bosan sangat main MLBB atau PUBG.
Street Racing HD nampak gempak kan? Apa lagi? Jum terus ke halaman Playstore dan jangan lupa untuk pra-daftar Street Racing HD, supaya korang tidak terlepas peluang untuk mainkan game ini serta merta!
Sumber – DroidGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post