Google merupakan enjin pencarian yang paling banyak digunakan di seluruh dunia sehingga ia menjadi sinonim buat pengguna Internet. Kalau anda ingin tahu, Google telah mengumpulkan data melalui Google Trends untuk melihat topik apa yang paling banyak dicari melalui Google. Antara topik-topik yang tersenarai secara global adalah berita, pelakon, filem, game dan banyak lagi! Kami telah melihat beberapa data menarik untuk topik game dan anime daripada Google Trends tersebut. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat 10 game dan 10 anime yang paling banyak dicari melalui Google!
Walaupun tidak menerima sebarang anugerah semasa The Game Awards 2023, Hogwarts Legacy telah mendominasi topik game secara global. Ini mungkin ada kaitan dengan kontroversi dengan pencipta Wizarding World, J.K. Rowling. Di tangga kedua pula adalah The Last of Us, di mana adaptasi siri live action telah menarik lebih ramai peminat terhadap dunia apokalips, penuh dengan zombi itu. Sudah tentu game popular lain seperti Starfield dan Diablo IV turut tersenarai dalam senarai 10 teratas ini. Tidak dilupakan juga dengan pemenang Game of The Year semasa The Game Awards 2023, Baldur’s Gate 3. Anda boleh lihat senarai penuh di bawah.
10 Game paling banyak dicari
- Hogwarts Legacy
- The Last of Us
- Connections
- Battlegrounds Mobile India
- Starfield
- Baldur’s Gate 3
- Suika Game
- Diablo IV
- Atomic Heart
- Sons of the Forest

Untuk kategori anime pula, kami lihat beberapa siri yang sedang ditayangkan dalam musim ini. Contohnya Frieren, The Apothecary Diaries dan Shangri-La Frontier. Melihat bagaimana siri anime tersebut menarik perhatian ramai dengan episod pertamanya, tidak peliklah jika ramai yang mencari siri Oshi no Ko. Bukan setakat itu sahaja, lagu “IDOL” yang dinyanyikan oleh YOASOBI turut memegang takhta teratas dalam topik muzik melalui Google Trends global. Jom kita tengok siri anime lain yang turut tersedia dalam senarai tersebut.
10 Anime paling banyak dicari
- Oshi no Ko
- Blue Lock
- The Apothecary Diaries
- Frieren
- Hell’s Paradise: Jigokuraku
- My Love Story with Yamada-kun at Lv999
- MF Ghost
- Soaring Sky! Pretty Cure
- Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Swordsmith Village Arc
- Shangri-La Frontier

Dalam banyak-banyak game dan anime yang disenaraikan tersebut, mana satu yang anda juga cari menggunakan Google? Boleh kongsikannya di ruang komen! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post