Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio Akan Dilancarkan pada Fall 2024 di PS, Xbox Series & Steam! [TGA 2023]

Maira by Maira
December 8, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio Akan Dilancarkan pada Fall 2024 di PS, Xbox Series & Steam! [TGA 2023]

Sumber: Sega/ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa The Game Awards 2023, game terbaharu daripada pencipta Persona 3, Persona 4 dan Persona 5 iaitu Metaphor: ReFantazio telah pun mendedahkan bahawa game tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024 (anggaran September – Disember).

Cerita

Kisah berlaku di The United Kingdom of Euchronia, di mana pembunuhan raja membawa huru-hara dan kekacauan kepada negara itu. Kemudian, pada suatu hari yang menentukan, sihir yang hanya diketahui oleh raja dipanggil Royal Magic dipanggil dan dunia terlibat dalam kejohanan diraja untuk takhta.

Sumber: Sega/ATLUS

Protagonis bersama-sama dengan pasangannya, Galica, mesti mencari jalan untuk memecahkan sumpahan yang telah diletakkan ke atas putera yang dipercayai telah mati. Untuk berbuat demikian, mereka berangkat dalam perjalanan melintasi tanah yang luas.

Sumber: Sega/ATLUS

Mereka akan mendapati bahawa untuk mencapai matlamat mereka, mereka mesti mengambil bahagian dalam kejohanan untuk takhta, dan tugas besar ini memerlukan mereka untuk bersekutu dengan ramai kawan dan pengikut pelbagai suku yang mendiami dunia.

Kalau anda ingin tahu, Metaphor: ReFantazio yang dikenali sebagai PROJECT ReFantasy ini akan dibangunkan oleh Studio Zero, salah satu studio ATLUS yang diketuai oleh Katsura Hashino. Dalam trailer game, kita telah didedahkan dengan beberapa watak game yang direka oleh Shigenori Soejima yang juga pereka watak untuk siri Persona. Bersamanya adalah Shoji Meguro yang juga merupakan komposer untuk game Persona.

Sumber: Sega/ATLUS

Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ini. Harap-harap lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan oleh pembangun nanti.

Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mengetahui info lanjut game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

DLC God of War Ragnarok: Valhalla Akan Datang 12 Disember, Info Lengkap! [TGA 2023]

Next Post

Dragon Ball: Sparking! Zero Diumumkan – Game Budokai Tenkaichi Terbaru Dalam Francais! [TGA 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dragon Ball: Sparking! Zero Diumumkan – Game Budokai Tenkaichi Terbaru Dalam Francais! [TGA 2023]

Dragon Ball: Sparking! Zero Diumumkan - Game Budokai Tenkaichi Terbaru Dalam Francais! [TGA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd