Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Hadir Dengan Kolaborasi Bersama LiHO TEA Malaysia! Bermula 21 Disember Ini!

Maira by Maira
December 7, 2023
in Acara, Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Genshin Impact Hadir Dengan Kolaborasi Bersama LiHO TEA Malaysia! Bermula 21 Disember Ini!

Sumber: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse memang tidak segan untuk mengadakan pelbagai acara kolaborasi game mereka di Malaysia. Sudah tentu pemain-pemain game HoYoverse di Malaysia berasa gembira mengenainya. Baru-baru ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Genshin Impact bakal mengadakan kolaborasi khas dengan cawangan LiHO TEA di Malaysia! Jom kami kongsikan maklumat lanjut mengenainya.

Genshin Impact LiHO TEA Malaysia
Sumber: HoYoverse

Melalui post facebook Genshin Impact, kolaborasi bersama LiHO TEA Malaysia akan bermula pada 21 Disember 2023 sehingga 31 Januari 2024. Nampaknya akan ada minuman kolaborasi yang akan tersedia nanti. Bukan setakat itu sahaja, akan ada combo khas yang boleh dibeli oleh peminat semua. Setiap combo mempunyai item yang berbeza. Berikut adalah item yang boleh didapatkan mengikut kombo:

  • Premium Combo [Bermula 31 Disember]
    • Minuman kolaborasi
    • Tumbler kolaborasi
  • Basic Combo [Bermula 21 Disember]
    • Minuman olaborasi
    • Tote Bag kolaborasi

Bukan setakat itu sahaja, setiap minuman hadir dengan kod khas yang memberikan pemain pelbagai item menarik dalam Genshin Impact. Berikut adalah item tersebut:

  • Fruity Smoothie x2
  • Fruity Duet x2
  • Cheese and Dew Teatime x1
  • Primogems x 40
Genshin Impact LiHO TEA Malaysia
Sumber: HoYoverse

Sebagai peringatan, kod tersebut hanya boleh dituntut sekali. Kalau anda pernah menuntut kod daripada LiHO TEA Singapura, anda tidak akan dapat tuntut kod daripada LiHO TEA Malaysia.

Jadi kepada anda yang inginkan item-item kolaborasi ini, jangan lupa untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi Genshin Impact ini di Facebook rasmi LiHO TEA Malaysia. Kalau anda risau tentang status halal, terdapat dua cawangan LiHO TEA yang mempunyai sijil halal JAKIM, iaitu cawangan 1 Utama dan Setapak Central!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ATeaLightfulEncounterGenshin ImpactGenshinImpactxLiHOTEALiHO TEA Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia Season 7 Bakal Tayang Pada Mei 2024!

Next Post

Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!

Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 - 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd