Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kuala Lumpur Mulakan Pokémon 30th Anniversary Tour Dengan Persembahan Dron & Fun Run Interaktif

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Kuala Lumpur Mulakan Pokémon 30th Anniversary Tour Dengan Persembahan Dron & Fun Run Interaktif
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan tiga dekad sejak Pokémon Red dan Pokémon Green dilancarkan pada tahun 1996, The Pokémon Company mengumumkan beberapa acara besar-besaran di Kuala Lumpur. Ibu kota kami dipilih sebagai destinasi pertama di Asia untuk memimpin kempen “PokéXciting!“, sebelum jelajah ini diteruskan ke Taipei, Singapura, Manila, dan Bangkok.

Sambutan ini bakal dimeriahkan dengan festival hujung minggu secara percuma di KLCC Park, selain acara larian interaktif Pokémon RUN.

PokéXciting! di Kuala Lumpur (12–13 September 2026)

Kemeriahan akan bermula pada bulan September ini di KLCC Park dengan beberapa acara utama:

  • Persembahan Dron Pokémon Pertama di Malaysia: Sebagai tarikan utama, ruang udara malam di KLCC Park bakal diterangi dengan dron animasi 3D yang memaparkan pelbagai Pokémon ikonik.
  • Persembahan Pentas dan PokéXciting! Pikachu: Pengunjung boleh menikmati hiburan langsung sepanjang hujung minggu, termasuk penampilan istimewa “PokéXciting! Pikachu”: maskot unik dengan kostum parti berwarna turquoise yang direka khas untuk acara di Kuala Lumpur sahaja.
  • Kolaborasi dengan Pokémon GO: Pikachu istimewa ini turut akan membuat kemunculan secara digital sebagai acara dalam game menerusi Pokémon GO.

Masuk adalah percuma bagi kesemua aktiviti PokéXciting! di KLCC Park. Susumu Fukunaga, Pegawai Korporat The Pokémon Company, menyatakan bahawa jelajah yang bermula di Kuala Lumpur adalah cara terbaik untuk menzahirkan penghargaan kepada para peminat di Asia Tenggara atas sokongan mereka selama berdekad-dekad.

Pokémon RUN 30: Edisi Malaysia (21–22 November 2026)

Selepas festival pada bulan September, sambutan diteruskan pada bulan November menerusi acara Pokémon RUN 30. Mula diperkenalkan di Taiwan pada tahun 2015, acara fun run interaktif ini kembali sebagai salah satu daripada sembilan acara larian khas yang dianjurkan di seluruh Asia.

Larian ini direka khusus untuk memberikan pengalaman interaktif seolah-olah berada dalam pengembaraan Pokémon yang sebenar:

  • Laluan Larian Bertema: Sebelum memulakan larian, peserta boleh memilih partner Pokémon masing-masing. Di sepanjang laluan, pelari akan meneroka zon interaktif yang menampilkan wild Pokémon, pertarungan gym, serta menggunakan helaian fizikal Pokédex Search Sheet untuk menjejaki pengembaraan mereka.
  • Zon Festival Percuma: Festival khas ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung, menampilkan tarikan seperti “Time Tunnel” bagi menunjukkan sejarah 30 tahun francais Pokémon.
  • Kit Pelari dan Cenderahati: Peserta yang berdaftar bakal menerima ‘runner’s kit’ eksklusif yang mengandungi kemeja-T tajaan UNIQLO, rantai kunci plush Pikachu, drawstring bag, serta set pelekat edisi terhad.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran, lokasi, dan jadual penuh bagi acara Pokémon RUN 30 akan diumumkan tidak lama lagi menerusi laman web rasmi mereka.

Tags: MalaysiaPokémon 30th Anniversary Tour
ShareTweetSend
Previous Post

Malaysia Bakal Buka Nintendo Pop-Up Store & Pokémon Center Pertama Di Ombak KLCC

Next Post

Double Fine, Ninja Theory & Compulsion Ingin Berpisah Dari Xbox, Untuk Elakkan Studio Daripada Ditutup

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Double Fine, Ninja Theory & Compulsion Ingin Berpisah Dari Xbox, Untuk Elakkan Studio Daripada Ditutup

Double Fine, Ninja Theory & Compulsion Ingin Berpisah Dari Xbox, Untuk Elakkan Studio Daripada Ditutup

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd