Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-Order ‘iQOO 12 5G’ Buka Sekarang – Nilai RM3399 Dengan Promo Terhad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2023
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Pre-Order ‘iQOO 12 5G’ Buka Sekarang – Nilai RM3399 Dengan Promo Terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat sesiapa yang sedang mencari smartphone baru, kerana hari ini iQOO Malaysia telah mengumumkan smartphone premium iQOO 12 5G yang bernilai sebanyak RM3399! Bukan itu sahaja, smartphone ini juga baru sahaja membuka pre-order hari ini, jadi inilah masa paling sesuai untuk mendapatkan peranti berkuasa baru.

Kredit: Gamer Santai

Berikut adalah antara sorotan peranti ini:

Kredit: Gamer Santai

Direka khusus bersama kerjasama BMW, siri iQOO 12 5G sepatutnya dapat memenuhi selera pengguna daripada pelbagai aspek seperti prestasi, gaming, fotografi dan banyak lagi. Bermula daripada luaran, ia mempunyai rangka nipis dan panel kaca pada kedua-dua sisi. iQOO 12 datang dalam dua warna – iaitu Legend dan Alpha. Model Legend hadir dalam warna putih dengan kaca bertekstur ala porselin manakala model Alpha mempunyai kaca fluorit AG dengan tekstur berkilauan.

Kredit: Gamer Santai

Di dalam, iQOO 12 mempunyai paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1440x3200px dan refresh rate 144Hz. Panel mempunyai 1440Hz PWM dimming dan boleh mencapai sehingga 1,600 nits dalam keadaan biasa dan 3,000 nits dalam mode puncak.

Sebagai telefon pintar yang memfokuskan pada gaming, iQOO 12 mempunyai spesifikasi yang mengagumkan. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan 16GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 512GB UFS 4.0. iQOO 12 menggunakan OriginOS 4 terbaru milik vivo, berdasarkan Android 14.

Kredit: Gamer Santai

Apa yang perlu diberi perhatian sini ialah cip Q1 yang memastikan pengalaman gaming lancar sehingga 144Hz (pada 1080P) dan mempunyai beberapa ciri tambahan seperti “latency frame insertion”, “superframe” dan “super-resolution” (ala-ala DLSS). Untuk penyejukan, iQOO 12 mempunyai vapor chamber sebesar 5,705mm² untuk pelesapan haba.

Kredit: Gamer Santai

Bagi penggemar fotografi, iQOO 12 mempunyai sistem 3-kamera yang disusun dalam reka bentuk “pothole”. Kamera utama ialah 50MP 1/1.3″ OmniVision OV50H di sebalik kanta penstabil optik 23mm. Kamera telefoto pula mempunyai sensor 64MP 1/2″ dan kanta 70mm f/2.57 yang stabil secara optikal. Khususnya, kanta ini ialah unit optik 3x yang boleh melakukan 10x ‘HD zoom’, dan zum digital sehingga 100x. Akhir sekali, terdapat kamera 50MP 15mm ultralebar dengan mode makro tersendiri, dan kamera selfie 16MP f/2.45.

Anda pun tidak perlu risau tentang kehabisan bateri kerana iQOO 12 memiliki bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 120W dan pengecasan wayarles 50W.

Harga & Ketersediaan

Kredit: iQOO MY

Bermula sekarang hingga 11 Disember 2023, iQOO 12 5G tersedia untuk pre-order hari ini dan akan mula dijual pada 12 Disember.

Sebagai bonus, mereka yang berminat boleh jimat RM50 jika membeli smartphone in pada tempoh terhad yang disebutkan tadi! Selain itu, anda boleh dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM777 termasuk iQOO TWS Air2, waranti lanjutan 1 tahun, dan perlindungan skrin retak 1 tahun.

Jangan lepaskan peluang, dapatkan sekarang!

  • Lazada
  • Shopee
  • TikTok Store
  • eStore

Dapatkan segala berita kami tentang produk iQOO di SINI!

Tags: iQOO 12 5GSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar Pada 10 Januari 2024! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Overwatch 2: Mauga Kini Tiba! Pelbagai Kandungan Menanti Anda dalam Season 8!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Overwatch 2: Mauga Kini Tiba! Pelbagai Kandungan Menanti Anda dalam Season 8!

Overwatch 2: Mauga Kini Tiba! Pelbagai Kandungan Menanti Anda dalam Season 8!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd