Baru-baru ini, kita dapat pengesahan oleh Warner Bros. Malaysia bahawa filem Furiosa: A Mad Max Saga akan ditayangkan di pawagam pada Mei 2024. Sempena itu, trailer pertama juga ditayangkan, yang menunjukkan aksi akan datang dalam filem itu:
Mungkin ramai yang tidak tahu lagi, jadi izinkan saya jelas.
Furiosa: A Mad Max Saga ialah filem “action post-apocalyptic” yang diterbitkan dan diarahkan oleh George Miller, yang menulis skrip ini bersama Nico Lathouris. Furiosa berfungsi sebagai spin-off dan prekuel kepada Mad Max: Fury Road (2015), serta filem ke-5 dalam francais Mad Max, serta dibintangi Anya Taylor-Joy sebagai watak utama iaitu Imperator Furiosa, dengan Chris Hemsworth, Alyla Browne dan Tom Burke dalam peranan sokongan.

Sinopsis
“Apabila dunia runtuh, Furiosa yang muda telah diculik dari Green Place of Many Mothers dan jatuh ke tangan Biker Horde yang diketuai oleh Warlord Dementus. Memandu melalui Wasteland, mereka terjumpa dengan Citadel yang diketuai oleh The Immortan Joe. Semasa kedua-dua pihak berperang untuk dominasi, Furiosa mesti bertahan hidup melalui banyak ujian ketika merancang cara untuk kembali pulang.”

Walaupun tarikh keluaran tepat tidak diberi, tetapi kemungkinan besar Furiosa: A Mad Max Saga akan ditayangkan di Malaysia pada 24 Mei 2024. Sebaik sahaja menerima maklumat baru, saya akan terus mengemas kini artikel ini.

Dapatkan segala berita kami tentang filem di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post