Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inazuma Eleven: Victory Road Ditunda ke 2024! Sesi Beta Akan Diadakan pada Mac 2024!

Maira by Maira
November 30, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PS4, PS5, Sukan/lumba
0 0
0
Inazuma Eleven: Victory Road Ditunda ke 2024! Sesi Beta Akan Diadakan pada Mac 2024!

Sumber: LEVEL-5

Share on FacebookShare on Twitter

LEVEL-5 secara rasminya menunda game Inazuma Eleven: Victory Road ke tahun 2024 semasa livestream LEVEL-5 Vision. Walaupun begitu, ada beberapa perkara baharu yang didedahkan. Antaranya adalah trailer baharu yang mendedahkan sistem game dan juga sesi beta untuk pemain Switch.

Sesi beta Inazuma Eleven: Victory Road akan diadakan pada Mac 2024 untuk pemain Switch di seluruh dunia. Buat masa ini, tiada tarikh yang dijadualkan untuk beta tersebut. Jadi tunggu sahaja maklumat baharu yang akan dikeluarkan menjelang sesi tersebut. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenainya.

Sumber: LEVEL-5

Selain itu, LEVEL-5 turut mendedahkan video baharu yang menunjukkan perjumpaan strategi antara Unmei Sasanami dan Haru Endou. Kita dapat melihat bagaimana data pasukan lawan ditunjukkan dalam game.

Tentang Inazuma Eleven: Victory Road

Dalam story mode, anda akan bermain sebagai Unmei Sasanami, seorang budak lelaki yang merindukan dunia tanpa bola sepak dan bertemu dengan Haru Endo, seorang pemain bola sepak yang berdiri di puncak dunia. Pertemuan mereka menandakan permulaan kisah yang indah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang ditemuinya di Nagumohara Junior High, Unmei berjaya mendapatkan semula semangatnya untuk bola sepak. Bersama-sama, mereka cuba menghidupkan semula kelab bola sepak yang diabaikan itu.

Sumber: Level-5

Terdapat lebih daripada 4500 watak dari masa lalu francais ini! Setiap pemain akan membuat penampilan termasuk watak daripada versi berbeza, keluaran dan pas musim. Inilah masanya untuk anda tubuhkan pasukan bola sepak paling kuat!

Inazuma Eleven: Victory Road akan dilancarkan pada 2024 di PS5, PS4, Nintendo Switch, iOS dan Android. Untuk membaca berita lain mengenai Inazuma Eleven daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Inazuma ElevenInazuma Eleven: Victory Road
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Studio Ghibli “The Boy and The Heron” Akan Tayang pada 14 Disember di TGV Malaysia!

Next Post

Meluaskan Sempadan Kreativiti – Interview WoW Classic Season of Discovery Bersama Blizzard

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Meluaskan Sempadan Kreativiti – Interview WoW Classic Season of Discovery Bersama Blizzard

Meluaskan Sempadan Kreativiti - Interview WoW Classic Season of Discovery Bersama Blizzard

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd