Satu lagi siri Jump mendapat adaptasi anime! Diumumkan melalui akaun Twitter rasmi, manga Magilumiere Co. Ltd. sah mendapat adaptasi anime dan dijadualkan untuk tayangan pada 2024. Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer rasmi berserta visual awal siri turut didedahkan.
Untuk pengetahuan anda, anime Magilumiere Co. Ltd. akan dihasilkan oleh studio MOE dengan kerjasama J.C. Staff. Ia akan diarahkan oleh Masahiro Hiraoka. Pelakon suara untuk watak utama juga telah didedahkan, di mana Fairouz Ai akan membawa watak Kana Sakuragi manakala Yumiri Hanamori pula memegang watak Hitomi Shigaya. Dengan kehadiran kedua-dua “magical girl” ini, anda boleh nantikan aksi menarik daripada kedua-dua watak ini!

Tentang Magilumiere Co. Ltd.
Siri manga ini dihasilkan oleh Sekka Iwata yang merupakan penulis siri manakala Yuu Aoki sebagai pelukisnya. Ia pertama kali diterbitkan melalui Shonen Jump+ oleh Shueisha pada 2021 dan tersedia di Manga Plus pada Februari 2022 secara global. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk siri tersebut:
“Magical Girl”? Satu pekerjaan yang menjalankan kerja-kerja menghapuskan bencana alam yang dipanggil “Kaii.” Kana Sakuragi, seorang pelajar kolej sedang bergelut dengan masalah mencari pekerjaan, dijemput oleh syarikat permulaan magical girl. Maka bermulalah dia sebagai seorang Magical Girl!

Anda boleh lawati laman web rasmi anime untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post