Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangunan Prince of Persia: Sands of Time Remake Masih Maju dengan Baik!

Maira by Maira
November 23, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pembangunan Prince of Persia: Sands of Time Remake Masih Maju dengan Baik!

Sumber: Ubisoft

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada September 2020, Prince of Persia: Sands of Time Remake telah ditunda berkali-kali. Game yang sepatutnya dilancarkan pada 2021 itu telah ditunda sehingga sekarang, tanpa sebarang tarikh pelancaran baru diberikan oleh Ubisoft. Sudah tentu ini membuatkan ramai peminat mula hilang harapan dan menganggap bahawa pembangunan itu dibatalkan. Walaupun begitu, Ubisoft mempunyai kemas kini terbaharu untuk Prince of Persia: Sands of Time Remake.

Sumber: Ubisoft

Melalui akaun rasmi X Prince of Percia, tweet mengenai ulang tahun ke-20 game ditemani mesej mengenai perkembangan untuk pembangunan game. Berikut adalah mesej yang telah diterjemah:

“Seperti yang anda ketahui, pasukan di Ubisoft Montreal sedang membayangkan semula kisah legenda ini, dan kami berbesar hati untuk mengumumkan hari ini bahawa projek itu telah melepasi pencapaian penting secara dalaman dan pembangunan sedang berjalan,”

“Kami berharap untuk berkongsi lebih banyak lagi pada masa hadapan!”

As you know, the passionate team at @UbisoftMTL is reimagining this legendary story, and we are glad to announce today that the project has passed an important internal milestone and development is progressing.

We look forward to sharing more in the future!

— Prince of Persia™ (@princeofpersia) November 21, 2023

Kalau anda ingin tahu, penundaan game ini berlaku selepas beberapa perkara serta penukaran studio pembangunan. Pada awalnya game ini dibangunkan oleh Ubisoft Pune and Ubisoft Mumbai. Selepas trailer pertama game dikeluarkan, ia telah menerima banyak komen negatif daripada peminat, dan akhirnya pembangunan diberikan kepada Ubisoft Montreal yang merupakan pembangun asal game yang dikeluarkan pada 2003. Jadi tidak peliklah mengapa game ini ditunda bertahun-tahun.

Sumber: Ubisoft

Dengan kemas kini baharu ini, mungkin kita akan mendapat lebih banyak berita baharu mengenai game nanti. Ada kemungkinan besar kita didedahkan dengan trailer baharu pada tahun depan. Apa pun kita tunggu sahaja kemas kini lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Prince of Persia daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Prince of PersiaPrince of Persia: Sands of TimePrince of Persia: Sands of Time Remake
ShareTweetSend
Previous Post

Nanami, Mahito & Eso/Kechizu muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Next Post

Crossover Identity V x Anime xxxHOLiC Bermula Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Crossover Identity V x Anime xxxHOLiC Bermula Sekarang!

Crossover Identity V x Anime xxxHOLiC Bermula Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd