Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sasuke Jadi Pokok? Kemunculan Musuh Baru? *SPOILER* Boruto!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
Sasuke Jadi Pokok? Kemunculan Musuh Baru? *SPOILER* Boruto!

Kredit: @MikioIkemoto9

Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaru manga Boruto akhirnya telah keluar beberapa hari lepas dan boleh dikatakan, ia memberi plot twist besar pada peminat. Nampaknya sekumpulan musuh baru telah muncul untuk mengancam dunia – ancaman yang lebih besar daripada Otsutsuki. Bukan itu sahaja, ternyata Boruto telah kehilangan gurunya kerana nampaknya Uchiha Sasuke telah ditukar menjadi pokok atas sebab-sebab tidak diketahui.

Apakah yang benar-benar terjadi? Berikut adalah rumusan padat oleh saya.

AMARAN! SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX BAB 4 DI BAWAH

Dalam Boruto: Two Blue Vortex Bab 4, Boruto masih menjejaki pergerakan antagonis besar Code, yang balik ke lokasi di mana dia menyembunyikan Ten-Tails.

Kredit: Shueisha

Sampai di sana, dia melihat beberapa Tsumeaka (makhluk cebisan Ten-Tails) dan teringat amaran Boruto tentang bahayanya makhluk-makhluk ini. Seekor katak sebenarnya berjaya berpaut di atas badan Code dan melaporkan apa yang terjadi. Katak itu menyuruh Boruto untuk datang dengan cepat, di mana Borutp menjawab dia tidak mahir seperti datuknya, Hokage ke-4. Tiba-tiba, Boruto teleport ke lokasi Code menggunakan Flying Raijin Jutsu, yang mengejutkan musuhnya itu.

Kredit: Shueisha

Walaupun Boruto berpindah tempat dengan sekelip mata, Tsumeaka yang katak itu nampak tiba-tiba telah lenyap. Walaupun keliru, katak itu tidak menuduh Code kerana menganggap dia tidak melakukan apa-apa pada waktu itu. Boruto ternampak seekor Tsumeaka, cuma penampilannya lebih humanoid. Code turut nampak Tsumeaka itu dan tersilap panggilnya Bug (kenalan lama kepada Code sebelum timeskip), padahal Bug sebenarnya telah ditukar menjadi pokok. Di sini, Boruto menerangkan bahawa makhluk yang ada di hadapan mereka ialah Divine Tree.

Kredit: Shueisha

“Bug Palsu” terus menyerang Boruto, dan memanggilnya Otsutsuki Boruto lalu bertanya sama ada dia datang untuk menawarkan dirinya “dimakan”. Boruto menangkis “Bug Palsu” memakai dengan Jutsu Raiton, tetapi musuh itu serta-merta menukar lengannya menjadi mulut untuk memakan Boruto. Boruto teleport kembali di sebelah Code (yang ingin penjelasan tentang apa yang berlaku). Boruto membuat keputusan untuk membatalkan efek Rasengan: Uzuhiko, lalu menyuruh Code bersiap sedia untuk menyerang bersama. Dia menjelaskan bahawa setiap orang yang bertukar menjadi pokok akan menjadi Divine Tree.

Kredit: Shueisha

Satu lagi makhluk Divine Tree pun muncul, sedang terapung di atas mereka dan meluahkan tanda terima kasih kepada Code, kerana bantu memberi kesedaran diri kepada mereka. Satu lagi makhluk Divine Tree juga muncul (penampilannya seperti wanita) dan mengejek Code kerana sentiasa digunakan oleh orang lain. Selepas melihat jumlah musuh, katak tadi menyuruh Boruto untuk berundur tetapi wira kita perasan kehadiran satu lagi makhluk Divine Tree yang rupa menyerupai mentornya, Uchiha Sasuke.

Kredit: Shueisha

Adegan bertukar ke Konoha; Kawaki melaporkan apa yang berlaku dengan Code dan Boruto kepada Nara Shikamaru (kini Hokage ke-8), terutamanya Boruto mengejar Code. Kawaki mengesyaki ada seseorang dalam Konoha yang membantu Boruto secara rahsia tetapi Shikamaru menolak idea itu, kerana semua komunikasi sedang dipantau.

Kredit: Shueisha

Uchiha Sarada tiba, dan mendapati idea itu tidak masuk akal. Dia menjelaskan bahawa Boruto yang menghalau Kode, dan memint mereka untuk mengesahkan fakta itu dengan Eida. Kawaki membalasnya bahawa motif tidak penting, dan Boruto harus dibunuh kerana dia adalah seorang Ōtsutsuki. Sebagai respon, Sarada berkata bahawa Kawaki pun adalah seorang Otsutsuki. Kawaki, dalam keadaan geram, ulang bahawa dia adalah Otsutsuki yang membunuh Otsutsuki lain. Dia sanggup mati selepas tanggungjawab itu selesai. Sarada tidak mengalah dan menjamin dia tidak akan membenarkan Kawaki mengacau Konoha.

Kredit: Shueisha

Shikamaru menyuruh kedua-duanya berhenti, dan bertanya tentang kemunculan pokok misteri. Sarada menjelaskan bahawa mangsa yang ditukar ke pokok sebenarnya masih hidup, dan Boruto tahu sesuatu (selepas mendengar perbualannya dengan Code). Sarada jelas; Boruto dan Code bermusuhan antara satu sama lain, dan Code bermusuhan dengan Konoha, jadi mereka harus bersekutu dengan Boruto menentangnya.

Kredit: Shueisha

Adegan bertukar kembali ke Boruto. Walaupun katak menasihat untuk berundur, Boruto masih ingin berlawan, lalu menangkis serangan daripada “Sasuke Palsu”, diteruskan dengan pertembungan antara Chidori dan Rasengan. Pada masa yang sama, “Bug Palsu” turut menyerang sekali, manakala seorang lagi Divine Tree (yang perempuan) mengurung Boruto memakai Jutsu Tanah.

Kredit: Shueisha

Boruto meminta bantuan Code, kerana tahu para Divine Tree akan membunuhnya juga, tetapi dia meninggalkan Boruto. Akhirnya, Boruto melarikan diri dengan Flying Raijin Jutsu. Divine Tree yang tadi menganggap Boruto sangat bertuah, kerana “sifat ingin tahu mereka melebihi naluri untuk makan”. Hakikatnya, dia kata Boruto tidak dapat lari dari takdirnya.

Kredit: Shueisha

Di lokasi yang tidak diketahui, Boruto sedang berehat di sebalik pokok. Tiba-tiba, Koji Kashin (klon kepada Jiraiya) datang daripada belakang dan menegur Boruto kerana bersikap keterlaluan. Panel pun zoom out, dan kita dapat melihat Boruto memohon maaf kerana Sasuke, yang kini berubah menjadi pokok.

Kredit: Shueisha

Apa pendapat korang tentang bab terbaru ini – Sasuke menjadi pokok? Bukan Otsutsuki tapi Divine Tree pula jadi musuh baru? Jika ada, jom kongsi pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borutomangasasuke
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Tokusatsu Popular Malaysia Tapi Bukan Ultraman, Kamen Rider & Power Rangers!

Next Post

Sword of Convallaria — Game Strategi RPG Baharu Akan Tiba pada 2024, Pra-daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sword of Convallaria — Game Strategi RPG Baharu Akan Tiba pada 2024, Pra-daftar Sekarang!

Sword of Convallaria -- Game Strategi RPG Baharu Akan Tiba pada 2024, Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd