Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beta Test ‘Zenless Zone Zero’ Akan Bermula 24 November, Jangan Lupa Daftar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2023
in Action, Artikel, Berita, Beta, Konsol, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Beta Test ‘Zenless Zone Zero’ Akan Bermula 24 November, Jangan Lupa Daftar!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HoYoverse telah mengumumkan tarikh permulaan ujian beta tertutup kedua untuk aksi RPG fantasi ‘Zenless Zone Zero‘. Ujian beta ini, juga dikenali sebagai “Equalizing Test” akan dijalankan di platform PC, iOS dan Android dan akan bermula pada 11 November 2023 jam 11:00pm.

Jika berminat, anda boleh pra-daftar sekarang di laman web rasmi permainan sebelum pendaftaran ditutup hari ini pada jam 23:59.

Dear Proxies,
Thank you for your patience! Zenless Zone Zero's Equalizing Test will officially start on 2023/11/24 11:00 (UTC+8)!

The Equalizing Test sign-up will be ending on 2023/11/17 23:59:59 (UTC+8).
Please be aware of the deadline, as we will no longer accept applications… pic.twitter.com/d8fQPUo7Qz

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) November 17, 2023

Zenless Zone Zero ialah ARPG fantasi urban serba baharu oleh HoYoverse. Dalam cerita permainan, tamadun kontemporari telah dimusnahkan oleh bencana ghaib yang dikenali sebagai Hollows. Di tengah-tengah malapetaka yang melanda ini, bandar New Eridu telah bangkit menentang ancaman ini dengan memanfaatkan teknologi dan sumber yang diperlukan untuk memerangi bencana Hollow, dan secara beransur-ansur berkembang menjadi harapan terakhir tamadun moden.

Kredit: HoYoverse

Pemain akan mengambil peranan sebagai Proxy — profesional yang pakar dalam membimbing orang dalam penerokaan Hollows mereka, dan memulakan pengembaraan dengan sekumpulan sahabat unik untuk menakluki musuh yang tidak dikenali dan membongkar misteri di sebalik New Eridu.

Kredit: HoYoverse

Game ini menampilkan IP sendiri dan penceritaan naratif bercampur. Dalam beta terbaru, pemain akan dapat meneroka kisah baharu yang fokus pada Belobog Heavy Industries—salah satu faction utama dalam permainan. Memanfaatkan mekanik gameplay urban, pemain akan dapat menyiasat Proxy Network yang dikenali sebagai Inter-Knot dan menerima misi luar biasa atau bermain permainan arked dengan rakan-rakan, haiwan kesayangan dan berkeliaran di sekitar Sixth Street yang meriah.

Kredit: HoYoverse

Zenless Zone Zero juga menampilkan gaya seni dan muzik unik yang menguatkan rasa keasyikan audio-visual. Dalam beta tertutup akan datang, bandar New Eridu akan dirombak lagi dengan kemas kini skala penuh berdasarkan beta sebelum. Senarai lagu permainan juga lebih moden, bertenaga dan groovy. Selain itu, tiga watak baharu, masing-masing dengan latar belakang dan daya tarikan yang unik, akan datang ke New Eridu untuk bekerjasama dengan pemain.

Kredit: HoYoverse

Pada masa yang sama, pemaju ingin mengukuhkan impak dan irama animasi pertempuran dengan memperkenalkan mekanik Perfect Assist. Tambahan ini membuatkan permainan lebih user-friendly untuk pemain baru yang tida biasa dengan game aksi aksi. Selain itu, ia memperkenalkan challenge mode baru – Hollow Zero, yang bukan sahaja berfungsi sebagai kisah yang penting dalam jalan cerita tetapi juga direka untuk memenuhi jangkaan pengalaman pertempuran bagi pemain aksi veteran.


Zenless Zone Zero akan tersedia untuk konsol, PC dan mobile – tarikh keluaran masih belum diumumkan tetapi ujian beta akan bermula pada 24 November nanti.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Tags: BETAZenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 5 Tactica Hadir ke Filipina Dengan Kolaborasi Kafe Khas! Tampil Dengan Minuman Bertemakan Watak!

Next Post

Capcom Town Tampil Dengan Pelbagai Pameran Game, Boleh Main Game Retro Juga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Capcom Town Tampil Dengan Pelbagai Pameran Game, Boleh Main Game Retro Juga!

Capcom Town Tampil Dengan Pelbagai Pameran Game, Boleh Main Game Retro Juga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd