Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiba-Tiba Popular! Adakah Kagurabachi Layak Masuk “Big 3?”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Tiba-Tiba Popular! Adakah Kagurabachi Layak Masuk “Big 3?”
Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu, industri manga didominasi oleh nama-nama besar seperti One Piece, Naruto, Bleach dan sebagainya tetapi maju ke 2023, dan nampaknya tiada manga yang dapat mengulangi sukses yang sama. Walau bagaimanapun, nampaknya siri manga baru telah muncul. Bernama Kagurabachi, ia menawarkan plot Shonen yang digemari orang ramai, dan seni berkualiti tinggi. Berdasarkan sambutan untuk bab-bab awal, ramai yang kata Kagurabachi mampu menjadi sensasi “Big 3” seterusnya!

Sinopsis

Kredit: Shueisha

Semasa muda, Chihiro menghabiskan hari-harinya berlatih di bawah bapanya, seorang tukang besi yang terkenal dan berharap suatu hari dia dapat menjadi tukang besi pedang yang sama hebat. Bapa yang lucu dan anak lelaki yang serius—mereka sangka hari-hari seperti ini akan kekal selama-lamanya. Tetapi tiba-tiba, tragedi melanda. Hari yang gelap berlumuran darah. Chihiro dan pedangnya kini hidup hanya untuk membalas dendam.

Latar Belakang

Kredit: Shueisha

Kagurabachi merupakan siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Takeru Hokazono dan disiarkan dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha sejak September 2023. Penciptanya, Takeru Hokazono, pernah menghasilkan beberapa manga one-shot sebelum ini, seperti “Enten”, yang membuatkannya memenangi 100th Tezuka Manga Award tetapi Kagurabachi adalah karya bersiri pertamanya.

Kredit: Shueisha

Sekilas pandang, ini adalah manga pertempuran pedang untuk genre shounen, dengan naratif tentang membalas dendam. Di awal plot, fokusnya terhadap aksi keganasan amat jelas, dan tema ini pasti akan berterusan dalam bab-bab akan datang.

Kredit: Shueisha

Berbanding dengan manga shonen tipikal, Kagurabachi mempamerkan tahap keganasan yang lebih ketara, terbukti daripada Bab 1 lagi. Walaupun naratif tidak menonjolkan kesan keganasan secara eksplisit, tetapi kehadiran darah, kerat bahagian badan, pembunuhan kejam dan sebagainya adalah motif yang berterusan. Penggambaran elemen grafik yang teliti ini yang menunjukkan komitmen manga terhadap naratif yang terperinci berdasarkan revenge, sesuatu yang jarang dilihat dalam manga Shonen Jump moden.

Apa Yang Buat Manga Ini Sangat Hype?

Kredit: Shueisha

Kuasa internet memang tidak dapat dinafikan dan dengab sekelip mata, ia boleh menonjolkan apa-apa orang, objek dan karya. Perkara yang sama berlaku kepada Kagurabaci yang mendapat populariti besar selepas mengeluarkan (hanya) satu bab.

Kredit: Shueisha

Sebelum Kagurabachi dilancarkan secara rasmi, pelbagai jenis meme telah dibuat tentangnya di mana komuniti anime dan manga membuat perbandingan antara Kagurabachi dan setiap siri Shonen Jump, sehingga menganggapnya sebagai pewaris “Big 3” (One Piece, Naruto, dan Bleach). Apabila dikeluarkan, tidak hairanlah manga ini sudah mendapat perhatian ramai orang.

Kredit: Shueisha

Sambutan positif yang tidak dijangka ini banyak memberi manfaat kepada Kagurabachi. Di aplikasi Manga Plus, ia kini menduduki posisi ke-4 dalam senarai “hottest manga” dan berjaya mengatasi manga popular seperti Boruto, My Hero Academia, Spy x Family dan Dragon Ball Super.


Memandangkan One Piece, Jujutsu Kaisen dan Black Clover kini memasuk dalam saga terakhirnya, Shueisha pasti sedang mencari manga baharu untuk mengisi “kekosongan” ini. Jika berminat, anda boleh membaca Kagurabachi sekarang di Manga Plus secara percuma. Jika sudah baca, jom kongsikan pendapat anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kagurabachimangashonen jump
ShareTweetSend
Previous Post

Eiichiro Oda Minta Maaf Kepada Pembaca, Kali Pertama Tidak Sempat Siap Manuskrip One Piece

Next Post

Review Naruto X Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections – Pengalaman Serba Lengkap Untuk Peminat Naruto!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Review Naruto X Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections – Pengalaman Serba Lengkap Untuk Peminat Naruto!

Review Naruto X Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections - Pengalaman Serba Lengkap Untuk Peminat Naruto!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd