Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naraka: Bladepoint memperkenalkan Hadi Ismail, Hero Baru Dari Timur Tengah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naraka: Bladepoint memperkenalkan Hadi Ismail, Hero Baru Dari Timur Tengah!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games telah mengeluarkan trailer baharu yang menampilkan hero seterusnya untuk menyertai Naraka: Bladepoint. Bernama Hadi Ismail, reka bentuk hero ini diilhamkan oleh Timur Tengah di mana dia menggunakan lengan mekanikalnya untuk menghapuskan persaingan bermula 15 November dalam Naraka: Bladepoint.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer baru di bawah:

Sekilas pandang, watak itu menambah gaya baru kepada game battle royale milik Naraka. Bukan setakat penampilan sahaja, budaya Timur Tengah turut memainkan peranan penting dalam gaya pertempurannya Hadi Ismail di mana dia kelihatan sangat anggun dan akrobatik ketika bertarung.

Kredit: NetEase Games

Daripada apa yang saya faham, Hadi Ismail akan terbang ke langit dengan sayap Icarus mekanikal. Ini merupakan asas kepada gaya pertempurannya. Apabila berlawan, Hadi Ismail menggunakan sayapnya untuk meluncur di sekitar medan perang, sambil melakukan pukulan demi pukulan yang kuat lalu terbang naik ke langit semula. Pada masa yang sama, dia juga boleh menggunakan cangkuk yang menarik musuh ke arahnya – jadi jika musuh cuba melarikan diri, anda boleh menggunakan cangkuk itu untuk menarik mereka kembali.

Kredit: NetEase Games

Ketibaan Hadi akan menandakan penamat Naraka: Bladepoint Season 10, yang memperkenalkan pelbagai ciri seperti Fan sebagai senjata terbaru. Kecil dan elegan, ia berasal dari dagger biasa dan sangat versatile. Menggabungkan serangan pantas dan serangan mid-range yang tidak dijangka, Fan menambah kelainan pada barisan senjata dalam game.

Musim 10 juga menampilkan beberapa aktiviti baharu dan collectible. Sehingga 15 November, pemain boleh mengumpul Hadi’s Tokens dalam bentuk “Cog” apabila menyelesaikan “Daily Quests” untuk membaiki lengan mekanikal Hadi dan memperoleh ganjaran. Cog duplikat boleh ditukar dengan pemain lain, jadi anda tidak akan kerugian.


Asalnya, Naraka: Bladepoint dilancarkan sebagai game berbayar, tetapi kini bertukar ke format free-to-play sejak pada Julai 2023 bersama port PlayStation 5. Selain itu, ia boleh dimuat turun di platform PC melalui Steam/ Epic Games Store, Xbox Series, dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hadi IsmailNaraka: Bladepoint
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+

Next Post

Firewall Ultra Review (PS VR2) — Shooter VR yang Perlu Digilap Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Firewall Ultra Review (PS VR2) — Shooter VR yang Perlu Digilap Lagi

Firewall Ultra Review (PS VR2) -- Shooter VR yang Perlu Digilap Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd