Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Hadir ke Netflix pada 6 Disember Ini!

Maira by Maira
November 10, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Hadir ke Netflix pada 6 Disember Ini!

Sumber: Sony Pictures Animation

Share on FacebookShare on Twitter

Bulan September yang lalu, Netflix telah pun membawa masuk filem animasi Spider-Man Into the Spider-Verse untuk tontonan ramai. Nampaknya sekuelnya juga akan hadir ke platform itu selepas ini! Melalui Netflix, filem Spider-Man Across the Spider-Verse bakal tersedia pada 6 Disember ini! Jadi kepada anda yang terlepas untuk menontonnya pada Jun yang lalu, bolehlah tontonnya melalui platform ini. Anda boleh tonton trailer rasmi filem di bawah.

Asalnya bertajuk Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part1), filem akan datang ini sekali lagi akan mengikuti pengembaraan Miles Morales (Shameik Moore) selaku Spider-Man di dimensinya. Selain dia, Oscar Isaac akan menjadi Miguel O’Hara / Spider-Man 2099, Hailee Steinfeld sebagai Gwen Stacy/Spider-Woman dan Jake Johnson sebagai Peter B. Parker/Spider-Man daripada filem pertama. Pada masa yang sama, Issa Rae akan muncul sebagai Jessica Drew, yang juga merupakan Spider-Woman.

Sumber: Sony Pictures Animation

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem:

“Miles Morales kembali untuk bab seterusnya saga Spider-Verse yang memenangi Oscar®, Spider-Man™: Across the Spider-Verse. Selepas bersatu semula dengan Gwen Stacy, Spider-Man telah merentasi Multiverse, di mana dia bertemu dengan Spider Society, sebuah pasukan Spider-People yang bertanggungjawab melindungi kewujudan Multiverse. Tetapi apabila wira bertelagah tentang cara menangani ancaman baharu, Miles mendapati dirinya bersaing dengan Spider yang lain dan mesti bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang yang paling dia sayang. Sesiapa sahaja boleh memakai topeng – cara anda memakainya yang menjadikan anda seorang wira.”

Sumber: Sony Pictures Animation

Kalau anda ingin tahu, filem ini akan mempunyai sekuel yang juga merupakan filem ketiga untuk Spider-Verse iaitu Spider-Man Beyond the Spider-Verse. Ia sepatutnya ditayangkan pada bulan Mac 2024 tetapi dengan pelbagai mogok yang berlaku, filem tersebut telah pun ditunda. Buat masa ini, masih tiada tarikh baru yang dijadualkan untuk filem ketiga ini oleh Sony Pictures. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman tersebut pada masa akan datang.

Kami juga ada mengulas filem Across the Spider-Verse, kalau anda ingin tahu apa yang menanti dalam sekuel ini. Untuk mendapatkan berita lain tentang filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixSpider-ManSpider-Man: Across the Spider-Verse
ShareTweetSend
Previous Post

ZTE Malaysia Umum Blade V50 Design – Spec Canggih, Harga Hanya RM599!

Next Post

Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+

Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd