Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tales of Arise – Beyond the Dawn (PS5) Review — Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Maira by Maira
November 8, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game, Game Review, PS5, Review
0 0
0
Tales of Arise – Beyond the Dawn (PS5) Review — Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Tales of Arise akan mendapat pengembangan baharu “Beyond the Dawn” yang akan dilancarkan pada 9 November ini. Kami berpeluang untuk bermainnya lebih awal, dan tidak sabar untuk menceritakan lebih lanjut tentang benda yang akan anda alami dalam pengembangan ini. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membawa review kami untuk Tales of Arise – Beyond the Dawn.

Perkara penting sebelum mula main Beyond the Dawn

Untuk pengetahuan anda, DLC ini merupakan sambungan kepada penamat Tales of Arise, dan kami sangat-sangat syorkan anda untuk bermain base game dahulu supaya lebih memahami apa yang berlaku. Kalau pemain yang sudah hilang Save Data yang lama, anda masih boleh bermain Beyond the Dawn dengan level, status dan gear yang disesuaikan mengikut progression. Ini tertakluk untuk semua pemain, di mana party akan bermula pada level 65.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Dengan melengkapkan semua kandungan dan mencapai tahap maksimum dalam Tales of Arise , anda boleh mendapat lebih banyak faedah, kerana Beyond the Dawn telah menyediakan bonus istimewa dalam bentuk Gald, SP dan CP bergantung pada kemajuan Save Data default. Selain itu, jika semua watak mencapai tahap 100, akan ada bonus tambahan dalam bentuk senjata khas.

DLC ini memang tidak mesra pemain baru, jadi sebab itulah pentingnya untuk anda mencuba game asal dahulu. Manalah tahu kalau tidak menepati citarasa anda, tidaklah rasa membazir membelinya nanti.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Penceritaan baharu

Berlaku setahun selepas penamat Tales of Arise, Alphen dan kumpulannya masih berusaha untuk memulihkan dunia setelah gabungan antara Dahna dan Rena. Ada banyak masalah baru yang perlu ditangani dan kedua-dua daripada keadaan yang lebih berbahaya sehingga perbalahan antara puak Dahna dan Rena yang masih mempunyai dendam antara satu sama lain.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Semasa Alphen dan Shionne dalam perjalanan untuk menutup struktur Mausoleum yang menyebabkan ketidakstabilan di New World, mereka bertemu dengan seorang gadis kecil bernama Nazamil yang sebenarnya anda Renan Lord. Tetapi dia mempunyai nasib yang sangat tragis sehingga dia sering dibuang dan tidak pernah menerima kasih sayang daripada sesiapa pun sepanjang hidupnya. Jadi tiba masanya untuk Alphen dan rakan-rakannya muncul sebagai penyelamatnya dan melihat bagaimana Nazamil mula berinteraksi dengan mereka.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Sudah tentu pengembaraan baharu ini akan membongkar lebih banyak rahsia yang berkaitan dengan Nazamil. Walaupun skala cerita Beyond the Dawn agak kecil dan tidaklah bombastik seperti game asal, tetapi masuk akal juga kerana semua konflik besar dunia telah pun selesai. Expansion ini terasa seperti lebih peribadi dan fokus kepada emosi antara watak, sesuatu yang santai untuk dinikmati selepas melalui pengembaraan besar untuk menyatukan dua dunia.

Benda baharu yang diperkenalkan

Ada banyak kandungan baharu yang diperkenalkan selain daripada cerita dan watak baharu. untuk habiskan keseluruhan expansion ini memakan masa hampir 20 jam. Walaupun begitu tidak banyak benda yang ditambah pada mekanik gameplay, watak dan juga wilayah baru untuk diterokai.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Beyond the Dawn lebih fokus pada latar yang telah ditetapkan dalam Tales of Arise. Daripada expansion ini, anda boleh melihat perbezaan yang besar dalam situasi di setiap wilayah selepas permainan berakhir. Sebagai contoh, Niez, yang kelihatan seperti sebuah bandar usang dalam game asal, kini menjadi lebih rancak selepas jatuhnya pemerintahan Lord Almeidrea, tetapi terdapat perselisihan yang kuat antara penduduk selepas bandar itu dibahagikan kepada dua untuk menampung penduduk Rena.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Sebaliknya, tempat lain seperti Viscint mempunyai peraturan yang ketat supaya penduduk Dahna dan Rena dapat hidup bersama, menjadikannya sebuah bandar yang makmur. Penceritaan ini datang secara langsung daripada penyampaiannya, sama ada daripada suasana kota, interaksi antara penduduk, hinggalah kepada aktiviti yang mereka lakukan. Sebagai contoh orang Rena yang mempunyai kebolehan menggunakan Arte membantu kerja lapangan dengan lebih cekap.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Anda boleh menyumbang dengan membina tempat tinggal yang lebih makmur melalui Side-Quest baharu yang ditanda [Reconstruction]. Ini termasuklah Quest yang mempunyai kesan yang besar terhadap keadaan bandar, secara visual. Anda juga akan diberikan akses kepada item baharu dalam General Store untuk setiap wilayah. Sama seperti dalam game asal, Side-Quest ini tidak mengambil masa yang lama dan sebahagian daripadanya boleh diselesaikan serta-merta jika anda diminta mencari bahan khas yang mungkin anda sudah miliki.

Beyond the Dawn turut membawakan beberapa dungeon besar baharu, EX side quest baharu dan tambahan kecil seperti Zeugle kecil yang boleh menghapuskan parti anda dalam satu serangan seperti Tonberry daripada Final Fantasy, tetapi jika anda berjaya mengalahkannya, anda boleh mendapat ganjaran seperti SP dan Herba yang rare.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Ingin menangkap gambar yang cantik bersama watak-watak, anda bolehlah gunakan Photo Mode! Tetapi tidak banyak pilihan yang tersedia dalam menggayakan gambar selain daripada anda membuang model latar belakang atau menambah logo. Agak rugi juga untuk tidak memaksimumkan ciri Photo Mode ini. Tales of Arise merupakan salah satu game 3D anime yang begitu menawan. Memang sayang betul kita tidak boleh hasilkan sesuatu yang lebih daripada mode ini.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Kesimpulan

Pertemuan semula dengan Tales of Arise selepas dua tahun sememangnya sesuatu yang istimewa bagi kami. Walaupun ia mempunyai pengakhiran yang sempurna, tetapi Bandai Namco memberikan tambahan kepadanya dengan pengembangan Beyond the Dawn. Ia juga memberikan pengalaman yang berbeza.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Sejujurnya Beyond the Dawn merupakan sesuatu yang memuaskan hati kami sebagai peminat game ini. Walaupun tidak banyak perubahan yang dibawa dalam DLC ini, pemain masih boleh menikmatinya dengan santai. Tetapi itu juga mengikut pendapat masing-masing kerana kami rasa akan ada pemain yang rasakan pengembangan ini membosankan. Apa pun kalau anda sememangnya minat dengan Tales of Arise dan inginkan sesuatu yang baharu, bolehlah dapatkan Beyond the Dawn.

Tales of Arise – Beyond the Dawn akan tersedia pada 9 November di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Tales of Arise - Beyond the Dawn

8 Score

PROS

  • Cerita santai dengan watak original baharu
  • Banyak kandungan baharu yang boleh mengambil sedikit masa untuk diselesaikan
  • Masih seronok untuk dimainkan

CONS

  • Perkembangan cerita awal adalah perlahan dan boleh berasa sedikit membosankan
  • Tidak banyak perubahan daripada game original

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: tales of ariseTales of Arise - Beyond the Dawn
ShareTweetSend
Previous Post

Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini — Umum Rockstar Games!

Next Post

Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!

Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd