Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Devil Jin, Zafina, Lee Chaolan & Alisa Sertai Geng TEKKEN 8!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Devil Jin, Zafina, Lee Chaolan & Alisa Sertai Geng TEKKEN 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Devil Jin, transformasi alternatif yang kuat tetapi disumpah untuk protagonis Jin Kazama, ialah salah satu daripada empat watak kegemaran baharu yang didedahkan untuk TEKKEN 8. Bandai Namco Entertainment Asia turut mendedahkan Zafina, Lee Chaolan dan Alisa Bosconovitch, dan menunjukkan gameplay pertama Panda – lantas menjadikan jumlah fighter daripada 30 kepada 32 watak unik yang akan membentuk senarai penuh.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:

Devil Jin

Kredit: Bandai Namco

Devil Jin ialah bentuk jahat kepada protagonis Jin Kazama yang telah kehilangan semua akal fikiran selepas kerana gen syaitan mengawal fikirannya. Penampilan Devil Jin sepadan dengan namanya, sesuai dengan kemahiran bertarungnya yang berada di luar kemampuan manusia dalam Tekken 8.

Lee Chaolan

Kredit: Bandai Namco

Walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri, kuasa sebenar Lee Chaolan datang daripada Suit Violet, sut pertempuran canggih yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang mencerminkan estetika Lee sendiri.

Alisa Bosconovitch

Kredit: Bandai Namco

Alisa Bosconovitch ialah “android” yang dibangunkan oleh saintis hebat Dr. Bosconovitch – direka untuk kelihatan seperti anak perempuannya yang telah meninggal dunia. Kemahiran bertarung Alisa datang daripada badannya mekanikalnya yang membolehkannya untuk terbang dan menggunakan chainsaw di tangan.

Zafina

Kredit: Bandai Namco

Zafina mengembalikan gaya pertempuran unik yang berasal daripada keturunan pahlawannya dan kebolehan rohaninya sebagai ahli astrologi mistik. Gaya ini setua keturunannya, di mana Zafina menggunakan ilmu Ancient Assassination Arts dalam serangannya.

Panda

Kredit: Bandai Namco

Panda mempunyai nama panggilan sebagai “Pretty Protector” yang berasal dari tugasnya sebagai haiwan peliharaan dan pengawal peribadi kepada Ling Xiaoyu. Dia menggunakan Heihachi-Style Advanced Kuma Shin Ken sebagai gaya pertarungan utama.


Tekken 8 akan datang pada 26 Januari 2024, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, dan kini tersedia untuk pre-order dalam Standard, Deluxe dan Ultimate, dengan bonus disertakan untuk setiap edisi.

Untuk baca segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AlisaDevil JinLee ChaolanTekken 8zafina
ShareTweetSend
Previous Post

Kingdom of the Planet of the Apes Tampil Teaser Pertama, Bakal Tayang Mei 2024!

Next Post

Todo, Jogo & Hanami muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Todo, Jogo & Hanami muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Todo, Jogo & Hanami muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd