Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘NVIDIA 2023 ROAP iCafe Discovery Program’ Akan Memperkasakan Kafe Siber Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
‘NVIDIA 2023 ROAP iCafe Discovery Program’ Akan Memperkasakan Kafe Siber Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2023, landskap gaming di rantau Asia-Pasifik terus berkembang maju, di mana kafe siber memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman gaming yang mengasyikkan dan komunal. Di sini, NVIDIA memulakan 2023 ROAP iCafe Discovery Program, yang ingin memartabatkan industri kafe siber dan mempromosikan kepentingannya sambil mengukuhkan ikatan antara negara Asia Pasifik termasuk Malaysia dan China.

WANYOO I-Cafe di China, antara premis yang bekerjasama dengan NVIDIA

Semasa 2023 ROAP iCafe Discovery Program, beberapa strategi telah ditekankan untuk meningkatkan pengalaman kafe siber:

Maju Melangkaui Kafe Siber Tradisional: Konsep kafe siber telah berevolusi sejak beberapa tahun, daripada kafe siber standard kepada kafe s-sukan. Sempadan seterusnya ialah “Kafe Hiburan Total.” Ini termasuk menawarkan pelbagai pilihan dan bukan sahaja PC gaming tetapi juga meja pool, kafe, gim, dan hiburan lain, menjadikannya tempat di mana orang ramai boleh berehat dan bersantai.

Mempromosikan GameTerkini: Penting untuk kafe siber menyediakan akses kepada game terkini. Pemain lebih cenderung untuk melawat kafe siber jika mereka boleh bermain game terbaru yang mungkin tidak tersedia di rumah.

Menawarkan Pengalaman Gaming Terbaik: Kafe siber perlu memberikan pengalaman gaming terbaik berbanding gaming di rumah. Ini termasuk menyediakan perkakasan mewah, persekitaran yang selesa dan perkhidmatan bagus.

Menganjurkan Aktiviti Sosial: Menganjurkan acara sosial dan e-sukan boleh membantu membina komuniti gaming yang kukuh dan menarik lebih ramai pelanggan ke kafe siber.

WANYOO Hotel di China, antara premis yang bekerjasama dengan NVIDIA

Rantau Asia Pasifik mempunyai pelbagai jenis pasaran, masing-masing dengan budaya gaming yang unik. Antara yang paling ketara termasuk India, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan, dan negara kita sendiri Malaysia – jadi setiap negara ini mempunyai berjuta-juta pemain PC, yang biasanya menjadi sasaran untuk kafe siber.

JULY ESPORTS di China, antara premis yang bekerjasama dengan NVIDIA

Rose Luo selaku Pengarah Pemasaran Pengguna, ROAP di NVIDIA berkata:

“Dengan menerima strategi inovatif dan memanfaatkan teknologi termaju NVIDIA, kafe siber boleh terus berkembang maju dalam landskap gaming yang sentiasa berkembang. Sama ada melalui menyediakan pengalaman hiburan yang pelbagai, mempromosikan game terkini, atau menawarkan gameplay terbaik, kafe siber bersedia untuk kekal sebagai asas budaya gaming di rantau APAC.”

Simon Tan sebagai Pengarah Perniagaan Pengguna (APAC South) di NVIDIA mengulas:

“Intinya ialah kami mahu memberikan pengalaman terbaik, perkhidmatan terbaik dan keseronokan terbaik untuk gamer dan pelanggan. Inilah cara kita boleh menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh tuntutan gamer hari ini.”

Kredit: NVIDIA

Baca segala berita kami tentang NVIDIA di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2023 ROAP iCafe Discovery ProgramKafe SiberMalaysianvidia
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Card Game Acah Projek Baharu, Bakal Hadir pada 2024!

Next Post

Sihat & Cergas Bersama ‘Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller’ untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Next Post
Sihat & Cergas Bersama ‘Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller’ untuk Nintendo Switch!

Sihat & Cergas Bersama 'Taiko no Tatsujin Drumsticks Controller' untuk Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd