Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review HONOR X9b 5G – Smartphone Paling “Tahan Lasak & Kukuh” Setakat Ini?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Review HONOR X9b 5G – Smartphone Paling “Tahan Lasak & Kukuh” Setakat Ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Januari lalu, HONOR X9a berjaya mencipta benchmark baharu daripada segi ketahanan dengan “Skrin Lengkung Ultra Kukuh OLED”. Kini, HONOR Malaysia bersedia untuk menunjukkan produk smartphone generasi baharu iaitu HONOR X9b 5G.

Kredit: Gamer Santai

Secara am, HONOR X9b mempunyai enam upgrade besar iaitu reka bentuk ultra kukuh premium, bateri besar 5800mAh, memori tertinggi dalam segmen – 20GB+256GB, skrin perlindungan mata beresolusi 1.5k, kamera ultra clear 108MP dan yang pertama untuk memperkenalkan pemproses Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm) di pasaran tempatan. 

Di sini kami diberi peluang oleh HONOR Malaysia untuk review HONOR X9b 5G lebih awal. Jika korang ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini. 

Reka Bentuk Premium

Kredit: Gamer Santai

Diperbuat daripada aluminium dan plastik kukuh, smartphone ini sangat ringan walaupun padat dengan perkakasan canggih. Bayangkan ia mempunyai berat 185 gm dan tebal 7.98mm, menjadikannya mudah untuk dipegang dan digunakan. 

Reka bentuknya pula nampak simple tetapi masih mengekalkan rupa bergaya dengan sisi melengkung yang menunjukkan kehebatan HONOR dalam mencipta smartphone yang moden dan estetik.

Tetapi highlight sebenar ialah warna Titanium Silver baharunya. Daripada warna standard biasa yang kita lihat pada kebanyakan smartphone, warna silver terang ini kelihatan berbeza dan merupakan satu pilihan yang berani oleh para pereka. 

Kredit: Gamer Santai

Ternyata ini adalah pilihan untuk orang yang ingin menonjol. Lapisan berkilat itu membuatkan warna lebih menyerlah, dan lebih baik lagi ia tidak mudah meninggalkan cap jari atau comot kerana salutan khas.

Saya jarang jumpa reka bentuk ini dalam smartphone midrange dan jika tidak tahu harganya pasti ramai yang salah anggap HONOR X9b sebagai model flagship. 

Semua Sudut Ultra Tough Dengan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari

Kredit: Gamer Santai

Selepas siri ‘a’, ‘b’ pula melambangkan “beyond tough (jauh lebih kukuh)”, untuk membuktikan kekuatan X9b dari segi ketahanan dengan Rekaan Ultra Kukuh Setiap Sudut. HONOR berusaha bersungguh-sungguh mencipta ketahanan dengan memperkenalkan Paparan Anti-jatuh Melantun Ultra bagi memastikan rintangan jatuh yang sewajarnya untuk kedua-dua skrin. 

Ini merupakan Perlindungan 3 Lapisan serba baharu yang termasuk perlindungan pengukuhan titik tunggal, balutan kusyen keliling dan perlindungan tertutup rapat. Bahan berkusyen baharu mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, jadi kini anda tidak perlu risau jika telefon terlepas daripada genggaman.

Kredit: Gamer Santai

Dengan teknologi ini, HONOR X9b telah dapat sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. Dengan itu, HONOR mencipta pencapaian baharu untuk ketahanan dalam industri telefon pintar, dengan menawarkan peranti ultra kukuh serba boleh dan banyak lagi.

Sebagai contoh, HONOR Malaysia telah menjemput kami menyertai ujian eksklusif di Nemesis Legion Paintball Academy untuk menguji ketahanan X9b dengan menembaknya dengan menggunakan paintball. Sesuai dengan tema, smartphone ini tidak terjejas langsung akibat tembakan, membuktikan ketahanannya yang meyakinkan.

Kami diberi peluang melakukan ujian selanjutnya, kali ini memecahkan papan kayu menggunakan X9b. Peluru paintball pun boleh tahan, tidak hairanlah telefon ini boleh menghancurkan keping papan kayu. Ini menguatkan lagi reputasinya sebagai telefon paling kukuh. 

Kredit: HONOR Malaysia

Paparan Dinaik Taraf 

Kredit: Gamer Santai

Dilengkapi dengan AMOLED Curved Display 6.78-inci, X9b menyokong resolusi ultra-jelas 1.5K, gamut warna 100% DCI-P3, 1.07 bilion warna, dan refresh rate 120HZ untuk menawarkan visual ultra-jelas dengan butiran yang tajam dan warna yang terang.

Apa yang saya paling kagum sekali adalah refresh rate 120HZ. Tidak banyak smartphone yang menyokong teknologi setinggi itu, jadi saya agak terkejut lagi-lagi kerana ia bukan smartphone gaming. Bagi yang tidak tahu frekuensi yang lebih tinggi menghasilkan kurang kerlipan (kurang hingar) dan perwakilan pergerakan yang lebih natural dalam adegan sengit aksi, lantas membuatkannya sesuai untuk bermain game, menonton video dan melayari media sosial.

Kredit: Gamer Santai

Bukan itu sahaja, X9b menawarkan pelbagai ciri perlindungan mata, termasuk 1920Hz PWM Dimming, Low Blue Light, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display, untuk menjaga kesihatan mata generasi kini yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin.

Khususnya, Circadian Night Display secara automatik melaraskan paparan kepada warna yang lebih warm, memastikan pengeluaran melatonin untuk pengguna mendapatkan kualiti tidur yang lebih lama dan lebih baik. Dynamic Dimming pula menggunakan cahaya dinamik yang menyerupai irama cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata. Akhir sekali adalah Pengiktirafan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland yang meminimumkan pelepasan cahaya biru. 

Kredit: Gamer Santai

Kamera 108MP Ultra Clear

Kredit: Gamer Santai

HONOR X9b 5G mempunyai sistem triple camera yang terdiri daripada Kamera Ultra-Clear 108MP, Kamera Ultra-Lebar 5MP dan Kamera Makro 2MP6. Kamera Ultra-Jelas 108MP didatangkan dengan sensor 1/1.67 inci dan apertur f/1.75 yang besar, membolehkannya menangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej dengan jelas. Kamera juga menawarkan kualiti optik tinggi dengan zum 3X, memastikan imej yang jelas dengan perincian yang menarik.

Kamera Ultra-Lebar 5MP menawarkan sudut pandangan 110°, sesuai untuk imej landskap yang luas, gambar berkumpulan dan lain-lain. Kamera Makro 2MP datang dengan jarak fokus minimum 4cm, membolehkan pengguna menangkap gambar jarak dekat dengan kejelasan yang tajam. 

Kredit: Gamer Santai

Saya banyak memuji kamera tetapi hakikatnya gambar masih tidak terperinci seperti yang kita mahukan, walaupun ada kekurangan daripada warna yang tidak natural, pengasingan subjek yang tidak jelas dan night mode dengan langitnya terlalu cerah, saya anggap hasilnya masih cukup bagus untuk media sosial.

Jangan salah faham dengan maksud saya: kameranya bagus tetapi saya meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi, kamera ini sudah cukup bagus untuk content Instagram dan TikTok jadi anda tidak perlu risau.

Di bawah saya meletakkan beberapa contoh gambar yang saya ambil:

Prestasi Tahap Flagship 

Kredit: Gamer Santai

Di dalam, HONOR X9b 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, dengan CPU Qualcomm Kryo dan GPU Adreno, masing-masing sehingga 40% dan 35% lebih pantas daripada pendahulunya. 

Secara langsung ini memberikan prestasi pemprosesan AI yang lebih hebat untuk menyokong pelbagai penggunaan pemprosesan masa nyata, untuk membolehkan produktiviti dan hiburan yang lancar pada setiap masa.

Menjalankan MagicOS 7.2 terbaru berdasarkan Android 13, X9b menyediakan akses kepada pelbagai ciri yang dipertingkatkan, seperti HONOR Docs Suite, membolehkan pengalaman kerja jauh yang lebih pintar dan mudah.

Kredit: Gamer Santai

12GB RAM dan 8GB maya HONOR RAM Turbo, memberikan kelancaran tanpa ketinggalan manakala storan besar 256GB ROM membuatkan kita tidak perlu risau tentang jumlah game yang ingin install setiap masa.

Telefon lain masih menggunakan UFS 2.2, tetapi X9b lebih canggih dengan menyediakan LPDDR4X dan UFS 3.1. Kelajuan membaca dan menulis UFS3.1 adalah sekurang-kurangnya 2x lebih pantas daripada UFS2.2, membolehkan anda menikmati pengalaman yang lebih lancar dalam berbilang senario seperti memuat turun game, melancarkan kamera dan aplikasi.

Untuk melihat kehandalannya dalam gaming, saya menguji tiga game berbeza. Berikut ini adalah hasilnya: 

Mobile Legends: Bang Bang

Serta merta, semua setting grafik ditetapkan pada maksimum termasuk outline dan shadow. Malah saya amat suka semasa fasa pemilihan hero kerana setiap model sangat terperinci dan lebih seronok untuk dipandang. Setakat game MOBA, anda tidak perlu risau apa-apa lag.

PUBG Mobile

PUBG pun menetapkan grafik pada setting paling tinggi semasa membuka game iaitu HDR. Saya juga meletakkan frame rate kepada Extreme dan Anti-aliasing pada 4x. Agak mengejutkan game ini pun tidak mengalami isu lag semasa bermain. Sejujurnya, musuh pun lebih mudah untuk dikesan kerana warnanya yang lebih terang jadi saya yakin pemain PUBG akan berpuas hati dengan prestasinya.

Genshin Impact

Kini tibalah giliran game paling berat iaitu game Genshin Impact. Sebaik sahaja bermain game ini semua setting ditetapkan kepada Low secara automatik. Saya cuba menukar kepada Highest dan amat mengagumkan sekali X9b masih boleh menjalankan game ini walaupun telah meletakkan semua settingnya kepada maksimum. Tiada lag semasa menggerakkan kamera dan pertempuran tetapi itu tidak bermaksud ia sempurna. Isu yang saya hadapi termasuk warnanya yang kabur dan smartphone terutamanya dibahagian belakang sangat panas sehingga tidak selesa untuk disentuh.

Kredit: Gamer Santai

Satu lagi ciri tambahan yang saya suka adalah built-in gaming assistant yang bantu mengagihkan sumber ke bahagian gaming, mengelakkan sentuhan tidak sengaja dengan teknologi Mistouch Prevention dan juga membuatkan skrin lebih cerah.

Bateri Terbesar Dalam Segmen Harganya

Kredit: Gamer Santai

HONOR X9b juga didatangkan dengan bateri 5800 mAh bersama pengecasan pantas 35w dengan charger 11V/3.2A yang memberi kuasa tahan lama, menjadikannya ideal untuk produktiviti sepanjang hari dan pengalaman pengguna tanpa bimbang. 

Dengan pengiktirafan Gold Label daripada DXOMARK, X9b menyokong penggunaan lama untuk kerja, gaming dan hiburan tanpa gangguan semasa dalam perjalanan. Daripada ujian saya dengan sekali cas, HONOR X9b menyediakan kuasa daripada pagi sehingga malam sedangkan saya menonton YouTube, bermain game dan melayari media sosial.

Kredit: Gamer Santai

Selain itu, ia bijak dalam penjimatan kuasa, jadi anda mendapat kuasa paling maksimum daripada setiap caj. Dengan baterinya yang cekap, anda tidak perlu risau tentang mengecasnya dengan kerap, menjadikannya hebat untuk hari yang sibuk.

Pendapat

Kredit: Gamer Santai

Secara keseluruhan, HONOR X9b menyediakan kualiti yang cemerlang. Daya ketahanannya terbukti paling kukuh di dunia setakat ini, reka bentuk kelihatan premium moden yang sesuai untuk pengguna zaman sekarang, dan ia memiliki spesifikasi terbaik di segmen kelasnya.

Menggabungkan kualiti paparan paparan selaju 120Hz, keupayaan fotografi yang luas dan prestasi bateri yang dipertingkatkan, HONOR X9b menetapkan standard baharu untuk smartphone kelas midrange dalam industri.

Kredit: Gamer Santai

Jika berminat HONOR X9b 5G kini tersedia untuk pre-order di pasaran Malaysia pada harga RM1499 dan tersedia dalam tiga varian warna: Sunrise Orange (Vegan Leather),Titanium Silver,Midnight Black.

Sesiapa yang pre-order sekarang akan menerima ganjaran hebat eksklusif bernilai RM978 termasuk HONOR Choice Earbuds X5, HONOR CHOICE MOECEN Band, dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari.

Kredit: Gamer Santai
Kredit: Gamer Santai

HONOR X9b 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2023.

Untuk maklumat lanjut untuk produk ini, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HONOR X9b 5GreviewSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Star Ocean: The Second Story R (PS5) Review — Game Klasik Legenda Kembali ke Alaf Moden!

Next Post

Pre-order HONOR X9b Bermula Sekarang – Bernilai RM 1,499! 

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pre-order HONOR X9b Bermula Sekarang – Bernilai RM 1,499! 

Pre-order HONOR X9b Bermula Sekarang - Bernilai RM 1,499! 

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd