Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-order HONOR X9b Bermula Sekarang – Bernilai RM 1,499! 

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Pre-order HONOR X9b Bermula Sekarang – Bernilai RM 1,499! 
Share on FacebookShare on Twitter

HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR X9b 5G, yang boleh didapati untuk pre-order bermula 1 November hingga 9 November pada harga RM 1,499. Pembeli yang membuat pre-order HONOR X9b 5G akan dapat hadiah bernilai sehingga RM 978, termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5, dan HONOR CHOICE MOECEN Band.

Kredit: Gamer Santai
Kredit: Gamer Santai

Sesiapa yang berminat, boleh pre-order sekarang di: https://bit.ly/HONORX9bPR

Sorotan Utama

Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR

Kredit: Gamer Santai

HONOR X9b 5G merupakan telefon yang pertama di dunia diiktiraf Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut oleh SGS, Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR menggunakan teknologi pengkusyenan yang maju dengan material baharu, sekaligus meningkatkan kapasiti penyerapan hentakan sehingga 1.2 kali ganda, memastikan ketahanan ditahap terbaik walaupun ketika subjek jatuh setinggi 1.5 meter dari setiap sudut.

Bateri 5800mAh – Bateri terbesar dalam segmen 

HONOR X9b 5G hadir dengan bateri 5800mAh yang boleh bertahan sehingga 3 hari dengan hanya sekali pengecasan. Dengan hanya sekali cas, HONOR X9b 5G mampu bertahan sehingga 19 jam penggunaan video tanpa henti, 12 jam bermain game atau 22 jam melayari media etika.

20 (12+8) GB RAM + 256 GB ROM: Penstoran dan RAM gred flagship

Kredit: Gamer Santai

Memiliki RAM pantas 12GB LPDDR4X serta RAM Turbo maya 8GB dengan jumlah keseluruhan 20GB RAM. Lebih menarik, HONOR X9b 5G memiliki penstoran pantas UFS 3.1 sebesar 256GB yang biasanya digunakan pada telefon pintar flagship berharga lebih mahal.

Resolusi Paparan Perlindungan Mata 1.5K: Inovasi Penjagaan Mata Insaniah 

Dilengkapi dengan Paparan Lengkung AMOLED 6.78 inci, HONOR X9b 5G menyokong resolusi 1.5K ultra jelas, warna gamut 100% DCI-P3  dan sehingga 1.07 bilion warna. HONOR X9b 5G menawarkan beberapa ciri perlindungan mata termasuk Pemalapan PWM 1920Hz, Cahaya Biru Rendah pada tahap perkakasan, Pemalapan Dinamik, dan Paparan Malam Sirkadia.

Kamera Ultra Jelas 108MP: Kualiti Fotografi Pakar pada Harga Mampu Milik

Kredit: Gamer Santai

HONOR X9b 5G dimegahkan oleh sistem tiga kamera iaitu Kamera Ultra Jelas 108MP, Kamera Ultra Lebar 5MP, dan Kamera Makro 2MP. Kamera Ultra Jelas 108MP hadir dengan pengesan besar 1/1.67 inci dan aperture besar f/1.75. Kamera ini turut menawarkan kualiti optik tinggi dengan 3X zum. 

Cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 pemproses 4nm: Prestasi demi Produktiviti 

Dikuasakan oleh Cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, X9b menghasilkan keupayaan flagship yang cemerlang dengan 35% peningkatan prestasi GPU dan peningkatan kecekapan CPU sebanyak 40%. Dikendalikan oleh MagicOS 7.2 berasaskan Android 13, X9b memberikan akses kepada pelbagai ciri-ciri penaiktarafan dan penyesuaian seperti HONOR Docs Suite.

HONOR Watch 4 – Skrin Warna AMOLED 1.75 inci dan hayat bateri 14 hari

Kreditt: HONOR Malaysia
Kredit: Gamer Santai

Selain bintang utama HONOR X9b 5G, HONOR Malaysia turut mengumumkan pelancaran jam tangan edisi terbaru HONOR, iaitu HONOR Watch 4.

Tampil dengan rekaan bergaya dan keupayaan pemantauan yang tepat, HONOR Watch 4 hadir dengan paparan Skrin Warna AMOLED sebesar 1.75 inci dengan kadar segar semula 60Hz, Sokongan Panggilan Bluetooth, dan hayat bateri maksimum 14 hari yang mengagumkan, sangat sesuai untuk pengguna memantau kesihatan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.


Sekali lagi saya ingatkan, anda boleh pre-order HONOR X9b 5G sekarang pada harga RM 1,499 dan dapat hadiah bernilai sehingga RM978. Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G, layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Anda juga boleh baca review lengkap kami tentang smartphone ini di SINI!

Tags: HONOR X9bSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Review HONOR X9b 5G – Smartphone Paling “Tahan Lasak & Kukuh” Setakat Ini?

Next Post

McD Malaysia Bawakan Pokemon TCG Dalam Set Happy Meal! Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
McD Malaysia Bawakan Pokemon TCG Dalam Set Happy Meal! Tersedia Sekarang!

McD Malaysia Bawakan Pokemon TCG Dalam Set Happy Meal! Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd