Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya “GPS action RPG” Di Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya “GPS action RPG” Di Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa Kingdom Hearts Missing-Link, judul aksi RPG berasaskan GPS, akan dilancarkan untuk platform mobile iOS dan Android pada tahun 2024. Pengumuman itu disertakan dengan teaser, yang anda lihat di bawah:

Selain itu, Square Enix juga telah membuka pendaftaran untuk closed beta yang akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang. Malangnya, closed beta pada masa ini hanya dikhaskan untuk penduduk Australia dan United Kingdom, tetapi ramai berharap ujian beta ini akan diperluaskan ke negara lain pada masa hadapan.

Kredit: Square Enix

Kembali kepada topik utama, naratif Kingdom Hearts: Missing Link berkait rapat dengan francais Kingom Hearts di mana ia berlangsung dalam Scala ad Caelum. Di sini, pemain akan memainkan peranan sebagai protagonis yang boleh diubah suai dan menawarkan dua gameplay berbeza: story mode yang fokus pada misi dan mode GPS berdasarkan interaktiviti bersama dunia sebenar.

Kredit: Square Enix

Yang menariknya adalah mode “GPS Action RPG”. Dalam gameplay, anda boleh melihat bagaimana pemain perlu mengembara ke seluruh dunia untuk bertarung dan memperoleh ganjaran, tanpa perlu meninggalkan rumah. Anda hanya perlu mengembara secara “maya” menggunakan GPS.

Sekali lagi, pemain akan menghadapi Heartless tetapi memanfaatkan mekanik khas yang dikaitkan dengan penggunaan figura berdasarkan watak-watak daripada siri Disney bagi melancarkan serangan yang kuat.

Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Menurut kata-kata pengarah Tetsuya Nomura, Kingdom Hearts: Missing Link akan menjelaskan “semua misteri yang ditemui setakat ini” dan akan menjelaskan tentang watak-watak yang paling penting dalam siri ini, seperti Xehanort dan Eraqus.

Kingdom Hearts Missing-Link akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk peranti mobile Android dan iOS. Tarikh keluaran tepat masih belum didedahkan tetapi harap-harap pada awal tahun depan.


Dapatkan segala berita kami tentang francais Kingdom Hearts di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kingdom Hearts Missing-LinkMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!

Next Post

Five Nights At Freddy’s Movie Review — Adaptasi yang Baik Tetapi Terburu-buru, Banyak Easter Eggs

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Five Nights At Freddy’s Movie Review — Adaptasi yang Baik Tetapi Terburu-buru, Banyak Easter Eggs

Five Nights At Freddy's Movie Review -- Adaptasi yang Baik Tetapi Terburu-buru, Banyak Easter Eggs

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd