Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings: World – Lebih Banyak Aksi Dalam Gameplay Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Honor of Kings: World – Lebih Banyak Aksi Dalam Gameplay Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Judul aksi RPG open-world ‘Honor of Kings: World‘ oleh Tencent Games telah mengeluarkan video gameplay baharu, yang mendedahkan lebih banyak lagi tentang mekanik permainan di mana pemain akan menerokai dunia yang luas demi menyelesaikan krisis dunia.

Anda boleh tonton dahulu gameplay di bawah untuk mendapatkan gambaran umum:

Diterbitkan oleh Tencent Games dan dibangunkan oleh TiMi Studios, gameplay baru berdurasi selama enam minit dan menunjukkan dunia open-world cantik dengan grafik berkualiti tinggi dan berwarna-warni serta pertarungan raksasa epik – semuanya dibuat menggunakan Unreal Engine 5.

Kredit: TiMi Studios

Digambarkan oleh Tencent, pemain perlu “menguasai pelbagai abiliti hebat semasa menjelajah benua dan memulakan perjalanan yang akan memikat mata dan hati anda. Alami keajaiban baharu, temui watak yang berwarna-warni dan meninggalkan legenda pada runtuhan yang telah lama hilang. Hanya Relic sahaja boleh memberi jawapan, jadi bersiap sedia untuk memulakan perjalanan fantasi dalam dunia dan pengembaraan penuh keajaiban”.

Kredit: TiMi Studios

Daripada deskripsi, game ini akan mempunyai semua ciri-ciri yang selalunya ada dalam RPG tipikal. Pertama sekali, pemain akan mempunyai akses kepada pelbagai watak berbeza yang dapat menggunakan senjata berbeza. Setakat apa yang ditunjukkan, pemain dapat memakai pedang, busur dan anak panah, dual blade, great sword dan mengejutkan sekali, sut mecha. Semua aksi yang berlaku akan menggunakan “stamina bar” dan mekanik “penukaran watak” ala-ala Genshin Impact oleh miHoYo Games digabungkan dengan sistem pertempuran ala Monster Hunter.

Kredit: TiMi Studios

Saya tidak tahu sama ada watak itu dihadkan oleh senjata apa yang mereka boleh gunakan tetapi dalam gameplay, kita boleh melihat pemain bertukar-tukar antara senjata dengan cepat semasa pertempuran. Hal ini ditunjukkan semasa pertarungan dengan Yuan Ge (salah satu watak Honor of Kings) di penghujung gameplay.

Kedua, dunianya nampak menakjubkan, penuh dengan banyak biom dan pemandangan cantik. Untuk meneroka dunia luas ini, pembangun telah melaksanakan beberapa pilihan traversal seperti glider dan zipline yang merupakan norma sekarang, serta hoverboard.

Kredit: TiMi Studios

Malangnya, setakat itu sahaja info yang saya ada (atas sebab masalah bahasa di mana game ini hanya diumumkan di China buat masa ini). Tarikh keluaran rasmi dan platform sah masih belum diumumkan untuk Honor of Kings: World, tetapi moga-moga mereka menyampaikan lebih banyak maklumat dalam beberapa bulan akan datang.

Sebagai peringatan, Worlds ialah spin-off kepada game mobile MOBA Honor of Kings yang popular. Dikeluarkan pada 2015, ia telah menjadi salah satu game MOBA yang paling popular di tanah besar China. Oleh itu, ia menerima versi antarabangsa bertajuk Arena of Valor, yang dikeluarkan pada 2020 dan boleh dimuat turun sekarang jika anda berminat.

Kredit: TiMi Studios

Dapatkan segala berita kami tentang Honor of Kings di SINI!

Tags: Honor of Kings: World
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Mengharamkan Semua Aksesori Tidak Rasmi Termasuk Controller!

Next Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd