Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia 405: Bakugo vs All For One Bermula! [SPOILER]

Maira by Maira
October 30, 2023
in Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia 405: Bakugo vs All For One Bermula! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila All Might berada di ambang maut, Bakugo akhirnya tiba untuk menyelamatkannya walaupun dia sendiri dalam keadaan yang parah. Dengan All Might kini telah selamat daripada tangan All For One, apa pula yang hero kita ini akan lakukan? Jom kita lihat apa yang jadi dalam bab My Hero Academia 405!

Sumber: Bones

AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 405!

Bab bermula dengan All Might bercakap dengan halusinasi Sir Nighteye, di mana dia berkata bahawa All Might sepatutnya mati waktu itu. Tetapi dengan kehadiran Deku dan Bakugo, nasibnya telah berubah.

Aksi Bakugo yang menyelamatkan All Might itu telah disaksikan oleh semua orang, dan semua orang begitu teruja melihatnya. Mereka berdua telah pun berada di tempat selamat. Masing-masing berada dalam keadaan parah walaupun begitu, Bakugo masih lagi mampu untuk bertarung. Edgeshot nampaknya masih lagi hidup dan telah keluar daripada badan Bakugo memberitahu badannya dalam keadaan yang baik cuma dia perlukan rehat.

Sumber: Manga Plus

Bakugo berterima kasih kepada seniornya itu kerana mengembalikan nyawanya semula. Edgeshot memberitahu bahawa dia tidak dapat menghidupkannya tetapi Quirknya sendiri yang membantunya untuk kembali semula.

Bersedia untuk melawan All For One, All Might telah memberikan gajet terakhirnya kepada Bakugo, iaitu gauntlet “Great Explosion Murder God Dynamight”, nama hero Bakugo. Itu sahaja membuatkan Bakugo tersenyum.

Sumber: Manga Plus

All For One yang terkesima dengan kehadiran Bakugo nampaknya perlu membuat keputusan sukar untuk menjayakan rancangannya. Dia perlu menyerap shigaraki dengan cepat serta mendapatkan One For All. Tetapi teringat pada hero yang mengacaunya, membuatkan dia sendiri berasa marah.

Belum sempat berbuat apa-apa, Bakugo telah muncul dihadapannya, menyatakan bahawa dia merupakan boss terakhir All For One. Bab berakhir dengan Bakugo menyerang AFO dan memberitahu bahawa dia yang akan masuk campur apabila One For All tidak mampu kendalikan segala benda.

Sumber: Manga Plus

Pertarungan antara AFO dan Bakugo akhirnya bermula. Siapa sangka Bakugo sendiri yang akan berlawan dengan antagonis siri ini. Memang tidak sabar untuk lihat apa yang akan terjadi nanti. Malangnya, manga My Hero Academia akan berehat selama seminggu dan akan kembali pada 12 November ini.

Anda boleh baca bab penuh My Hero Academia 405 menggunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero AcademiaMy Hero Academia 405
ShareTweetSend
Previous Post

‘Team Spirit’ Memenangi The International 12, Juara Dunia Dua Kali!

Next Post

Xbox Mengharamkan Semua Aksesori Tidak Rasmi Termasuk Controller!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
Next Post
Xbox Mengharamkan Semua Aksesori Tidak Rasmi Termasuk Controller!

Xbox Mengharamkan Semua Aksesori Tidak Rasmi Termasuk Controller!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd