Peminat Kingdom Hearts nampaknya sekali lagi bangkit selepas posting menarik melalui akaun X Kingdom Hearts Missing Link. Tiada sebarang berita mengenainya selama sembilan bulan sejak kemas kini terbaru game, di mana ujian beta tertutup game telah dilakukan. Nampaknya kita akan ada berita baharu yang akan dikeluarkan pada masa hadapan dan kami pasti ramai peminat tidak sabar untuknya.
Melalui akaun X Kingdom Hearts Missing Link, terdapat satu gambar yang telah dimuat naik. Gambar tersebut menunjukkan tapak pembangunan di Scala ad Caelum. Bersama-sama gambar tersebut, terdapat teks “#KHML” padanya. Melihat akronim itu, ramai peminat mengetahui bahawanya ia adalah teaser untuk game Missing Link.
Nampaknya game itu akan mula dipromosikan tidak lama lagi. Sudah tentu kita juga mungkin mendapat kemas kini mengenai game malah tarikh pelancarannya pada mobile. Ada kemungkinan besar juga ia akan dilepaskan pada 2024 memandangkan agak lewat untuknya dilepaska pada tahun ini.

Selain daripada game mobile ini, Square Enix juga masih lagi merahsiakan perkembangan lanjut untuk entri terbaharu siri, Kingdom Hearts 4. Ramai juga membuat spekulasi bahawa game tersebut akan keluar selepas game mobile ini dilancarkan. Apa pun kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Square Enix nanti.
Kingdom Hearts Missing Link akan tersedia pada mobile secara eksklusif. Untuk dapatkan berita lain mengenai Kingdom Hearts daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post