Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cip terpantas di dunia sekarang! Pandangan pertama cip processor 14th Gen Intel di SXSW Expo, Sydney!

Maira by Maira
October 22, 2023
in Artikel, Berita, Pandangan Pertama, Produk
0 0
0
Cip terpantas di dunia sekarang! Pandangan pertama cip processor 14th Gen Intel di SXSW Expo, Sydney!
Share on FacebookShare on Twitter

Intel telah menjemput kami untuk menghadiri Intel Extreme Masters, di mana kami dapat melihat pameran mereka di SXSW Sydney Tech Expo, semua cip 14th Gen Desktop Processor baharu mereka, kad grafik Arc baharu dan beberapa kerjasama menarik dengan jenama lain.

Sumber: Gamer Santai

Mengenai 14th Gen Desktop Processor 

Pada 17 Oktober 2023, Intel baru sahaja mengeluarkan cip pemproses terpantas di dunia iaitu Intel Core 14th Generation yang diketuai oleh Intel® Core™ i9-14900K. Intel kini memberi tumpuan untuk menyokong lebih banyak Esports Gaming kerana ia juga sebab mengapa pemproses baharu mereka turut digunakan pada Kejohanan ESL Counter Strike 2 mereka. 

Pemain hari ini bukan sahaja fokus pada gaming, tetapi kini lebih ramai pemain merakam gameplay mereka sendiri, strim, bersembang melalui Discord atau lebih ramai pemain tegar akan memuatkan video Youtube sebagai panduan kepada pemain-pemain lain. Intel memahami dengan tepat apa yang diperlukan oleh pemain pada masa kini, pemproses yang lebih kuat yang boleh mengendalikan pelbagai perisian, jadi mereka menjawab masalah ini dengan cip processor baharu mereka. 

Sumber: Gamer Santai

Sparkle Arc A750 — Pasangan baik 14th Gen Desktop Processor 

Salah satu gabungan terbaik yang kami telah lihat di Intel ialah mereka menggabungkan 14th Gen Desktop Processor baharu mereka dengan kad grafik Sparkle Arc A750. Apabila bermain game seperti Assassin’s Creed Mirage dan Street Fighter 6, tiada langsung tanda-tanda penurunan resolusi atau frame rate pada game. Ia seolah-olah menunjukkan bagaimana rupa sebenar game.

Sumber: Gamer Santai

Kolaborasi khas bersama Airspeeder

Intel bekerjasama dengan Airspeeder untuk meningkatkan peringkat seterusnya untuk e-sukan. Core Processor mereka membantu kawalan simulasi yang dibangunkan dengan lebih cekap, di mana anda boleh belajar cara membawanya dengan selamat sebelum menerbangkan benda sebenar ke langit. Mempamerkan kebolehan masa depan e-sukan, processor Intel akan membentuk sukan itu untuk memaksimumkan daya tarikannya kepada pelumba dan juga peminat.

Sumber: Gamer Santai

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri kehebatan cip terbaharu ini. Terdapat beberapa desktop tersedia yang dibina dengan cip pemproses baharu mereka yang menggandingkannya dengan Counter Strike 2 yang baru dilancarkan untuk membolehkan semua orang di ekspo ini mencuba apa yang digunakan oleh pemain profesional.

Sumber: Gamer Santai

Kami telah bermain Deathmatch untuk merasai bagaimana rasanya bermain dengan setup Pro. Game betul-betul lancar, terutamanya apabila mengintip pemain AWP Sniper atau flick musuh berasa begitu seronok. Selain itu, kami juga mainkan Assassin’s creed Mirage dan grafiknya kelihatan sangat bagus, seperti apa yang ditunjukkan sebelum ini.

Cuma sayangnya, tidak semua game di Steam dapat mengendalikan kuasa 14th Gen Processor mereka yang baharu, menyebabkan beberapa crash pada game seperti Armored Core 6 dan Starfield. Walaupun begitu ia disebabkan oleh Steam Engine tidak dapat memproses processor tersebut . Tetapi dengan kuasa yang banyak ini, masa depan gaming nampaknya sangat menarik dan akan lebih kompetitif.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: intelIntel 14th Gen Desktop ProcessorSparkle Arc A750SXSW Sydney Tech Expo
ShareTweetSend
Previous Post

Ciri-ciri Moden untuk Pemain Baru & Lama — Interview Bersama Producer Apollo Justice Trilogy Kenichi Hashimoto [gamescom asia 2023]

Next Post

Bincang Rahsia Kejayaan Monster Hunter bersama Produser Ryozo Tsujimoto [gamescom asia 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Bincang Rahsia Kejayaan Monster Hunter bersama Produser Ryozo Tsujimoto [gamescom asia 2023]

Bincang Rahsia Kejayaan Monster Hunter bersama Produser Ryozo Tsujimoto [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd