Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ENDLESS Dungeon Review — Pengembaraan Roguelite di Stesen Angkasa Terbiar!

Maira by Maira
October 16, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
ENDLESS Dungeon Review — Pengembaraan Roguelite di Stesen Angkasa Terbiar!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah mencuba beta ENDLESS Dungeon pada bulan lalu, kami akhirnya berpeluang untuk bermain game ini lebih awal. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami untuk game ini!

Cerita

Cerita untuk game ENDLESS Dungeon tidaklah begitu rumit. Anda sebagai seorang hero mendapati diri anda terdampar di sebuah stesen angkasa yang terbiar selepas kapal angkasa anda mengalami kemalangan. Stesen tersebut dipenuhi dengan pelbagai raksasa, jadi anda perlu kumpulkan pasukan anda untuk keluar daripada stesen tersebut sambil melindungi Crystal Robot. Kalau anda gagal untuk kekal hidup, anda akan kembali ke Hall, di mana semua orang di stesen angkasa tersebut terperangkap dan tidak mampu untuk melepaskan diri. Jadi mereka perlu meneruskan penerokaan untuk bongkar rahsia serta keluar daripada tempat itu.

Sumber: SEGA

Gameplay

ENDLESS Dungeon merupakan sebuah game dengan gabungan unik rogue-lite, aksi taktikal dan Tower defense. Anda boleh bermain secara solo ataupun bersama-sama rakan dalam co-op. Anda perlulah melindungi Crystal Bot atau anda terpaksa mengulangi misi anda.

Selain daripada melindungi Crystal Bot itu, anda juga perlu menguruskan sumber dengan baik. Sumber-sumber yang diperoleh memberikan pemain kelebihan semasa bermain. Terdapat tiga sumber dalam game ini iaitu:

  • Science: Untuk membangunkan turret baru dan upgrade turret sedia ada.
  • Industry: Untuk membina turret baru
  • Food: Untuk membeli pek healing atau upgrade skill hero dan sebagainya.
Sumber: SEGA

Kesemua resource ini boleh didapatkan setiap kali anda membuka pintu dan bergantung pada stesen pembuatannya, jumlahnya boleh meningkat. Jadi rancang elok-elok bagaimana anda ingin kumpul serta gunakan sumber yang anda ada. Kami syorkan anda untuk lindungi beberapa Spawn Point dengan turret supaya mudah untuk anda kawal serangan musuh. Jangan lupa untuk letakkan juga pada Crystal Bot anda. Oh ya, segala sumber yang anda kumpul boleh digunakan pada peta seterusnya, jadi jangan habiskan sumber anda pada satu peta sahaja.

Sumber: SEGA

Hero untuk dipilih

Ada pelbagai watak hero yang anda boleh pilih sebelum meneroka kapal stesen ngeri tersebut. Masing-masing hadir dengan kebolehan unik tersendiri serta peranan yang berbeza. Hanya tiga hero sahaja yang boleh berada dalam pasukan anda, jadi pilih elok-elok sebelum mulakan penerokaan.

Untuk permulaan, hero yang tersedia hanyalah Sweeper, Zed dan Bunker. Jangan risau kerana lebih banyak watak boleh dibuka selepas anda meneroka lebih dalam stesen tersebut. Ada lapan hero kesemuanya dalam game, masing-masing mempunyai gaya, rahsia dan kekuatan tersendiri. Bagi kami selagi anda mempunyai hero healer dan DPS dalam pasukan, anda boleh maju dengan baik semasa meneroka.

Sumber: SEGA

Senjata-senjata

Selain hero, barisan senjata yang hadir juga sesuai dengan setiap situasi dan gaya gunplay. Hero juga boleh gabungkan pergerakan mereka dengan senjata yang digunakan dengan menggunakan Campfire dan Pulse-ahhrrr. 

Setiap raksasa mempunyai kelemahan elemen tersendiri dan sudah tentu mempunyai ketahanan tersendiri. Tetapi mudah sahaja untuk anda mengetahuinya. Hanya pergi sahaja pada Spawn Point raksasa, di situlah anda boleh mengetahui kelemahan serta ketahanan raksasa yang muncul nanti. Jadi kalau anda boleh membawa skuad yang mempunyai kombinasi elemen seperti Electricity, Fire, Acid dan Light, rasanya tiada masalah untuk anda kalahkan mereka.

Sumber: SEGA

Sistem Knockback juga ada dalam game ini. Ini membolehkan anda untuk memperlahankan musuh malah memudahkan anda untuk mengawal mereka. Gunakannya untuk membuka ruang, dan lancarkan serangan taktikal sambil dan memastikan turret anda selamat daripada serangan. Kawal ruang dan memanipulasi pergerakan musuh boleh menjadi kunci kepada kejayaan dan knockback yang berkesan adalah satu cara untuk mencapainya.

Sumber: SEGA

Turret

Walaupun pistol membolehkan anda untuk menentang segala musuh dalam game, turret juga penting untuk anda gunakan, lebih-lebih lagi dengan Wave yang semakin lama semakin susah untuk dikawal oleh sekumpulan hero. Tetapi jangan pula anda membina turret secara rawak tanpa berfikir kerana anda akan membazir segala sumber yang perlu. Setiap musuh yang dikalahkan turret akan menaikkan level-nya. Jadi ia akan menjadi lebih kuat dan lebih efektif pada jangka masa yang panjang.

Sumber: SEGA

Turret terbahagi kepada dua kategori utama: yang membunuh raksasa, dan yang membantu turret lain dan anda untuk membunuh raksasa. Damage neutral ditangani oleh Straight Shooter dan merupakan antara turret pertama yang akan anda gunakan di setiap zon. Ia boleh ditukar dengan jenis turret lain semasa anda maju, seperti turret api dan juga turret light.

Untuk bangunkan turret ini mudah sahaja, terdapat node khas yang tersedia untuk turret. Pelbagai jenis turret yang boleh anda bangunkan malah upgrade melalui Research Terminal. Tetapi kalau anda aktifkan Research Terminal, Wave musuh akan bermula, jadi pastikan anda sudah baiki kesemua turret sebelum upgrade nanti. Sebelum kami lupa, turret ini mempunyai HP dan boleh dimusnahkan oleh raksasa. Jadi pertahankannya atau baikinya semasa bertarung.

Sumber: SEGA

Raksasa

Seperti yang kami nyatakan, setiap jenis raksasa mempunyai ketahanan dan kelemahan tersendiri. Untuk menghapuskan raksasa dengan cepat, anda perlu membawa senjata yang betul. Walau bagaimanapun, semakin banyak pintu yang anda buka, semakin banyak Wave musuh yang anda cetuskan.

Sumber: SEGA

Kemunculan raksasa memang tidak dapat anda elakkan, jadi bersiap sedia apabila Wave bermula apabila anda mengaktifkan Research Terminal atau perkara lain yang boleh cetuskan Wave. Anda juga boleh penunjuk SAFE semasa mengembara. Terdapat juga Boss rawak yang anda akan hadapi.

Gunakan peta dengan kerap untuk mengawal laluan yang akan diambil oleh raksasa ke Crystal Bot. Buka pintu dengan bijak dan ingat bahawa anda boleh melintasi dengan peta dibuka apabila ia membantu. Anda juga boleh melihat jenis raksasa yang akan muncul dari peta dengan mengenali warnanya.

Sumber: SEGA

Main Hall – Hub Hero

Selepas meneroka, anda boleh pergi ke workshop untuk melawat Comrade untuk menghabiskan Cell dan Scrap yang anda kumpul semasa meneroka. Cell digunakan untuk upgrade senjata dan membeli upgrade Crystal Bot dan Hero Chip. Scrap pula digunakan untuk membeli Booster Chest untuk memulakan penerokaan seterusnya dengan beberapa item bonus, sumber dan turret.

Sumber: SEGA

Untuk dapatkan maklumat mengenai Collectible, Lore, Hero Quest dan entri Journal, anda boleh lawati Cartie’s Library. Anda juga boleh berbual dengan watak lain, rekrut hero, mencuba outfit baru dan banyak lagi semasa di Hall.

Tahap Kesukaran Game

Sejujurnya, kami rasa kesukaran game ini tidaklah teruk sangat, walaupun kami memilih mode simple. Tetapi sampai sahaja di teras stesen angkasa itu, boleh tahan susah juga level itu. Memandangkan ini game roguelite, jadi apabila membuka pintu, pelbagai benda rawak boleh berlaku seperti kemunculan boss ataupun bekalan elektrik terputus. Apabila bekalan elektrik terputus, anda perlu pergi ke dua tempat tertentu untuk menghidupkan semula kuasa elektrik, pada masa yang sama raksasa akan terus keluar dan menyerang anda.

Namun, kandungan semasa nampaknya tidak mempunyai variasi yang banyak. Setakat ini kami hanya menghadapi dua perkara rawak sahaja. Walaupun tahap kesukaran direka dengan baik, bagi kami ia hanyalah seperti penerokaan biasa. Harap pembangun boleh menambah pelbagai jenis acara rawak untuk menjadikannya lebih menyeronokkan.

Sumber: SEGA

Kesimpulan

Bagi kami, ENDLESS Dungeon boleh tahan seronok terutamanya penggunaan elemen untuk setiap raksasa, membuatkan kami fikir langkah kami sebelum membina turret atau menggunakan senjata. Kesukarannya secara keseluruhan disebabkan oleh kekangan sumber.

Secara keseluruhannya, kami rasa kandungan dan hala tuju reka bentuk agak menarik, tetapi buat masa ini, kandungan acara rawak mungkin lebih sedikit, plotnya juga bukanlah hiasan semata-mata dan anda mungkin kena grind untuk dapatkan upgrade yang bagus.

ENDLESS DUNGEON akan dilancarkan di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2023. Untuk mendapatkan berita lain mengenai ENDLESS Dungeon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

ENDLESS Dungeon

7 Score

PROS

  • Kombinasi hebat antara Tower Defend dan Rogue-lite
  • Hero dan skill unik direka dengan baik
  • Gameplay melibatkan sumber yang menarik

CONS

  • Penerokaan tidaklah begitu berbeza dalam setiap level
  • Mungkin sedikit susah untuk pemain baru

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Endless Dungeonreview
ShareTweetSend
Previous Post

‘Invincible’ Season 2 akan tayang November 2023, Trailer Baru Mendedahkan Antagonis Baru!

Next Post

Review Marvel’s Spider-Man 2 – Dua Kali Ganda Lagi Epik Dengan Dua Spider-Man!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Marvel’s Spider-Man 2 – Dua Kali Ganda Lagi Epik Dengan Dua Spider-Man!

Review Marvel's Spider-Man 2 - Dua Kali Ganda Lagi Epik Dengan Dua Spider-Man!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd