MSI telah pun melancarkan siri laptop gaming Bravo baharu pada bulan Mei yang lalu. Kami telah berpeluang untuk mencuba salah satu model yang tersedia iaitu MSI Bravo 17 C7V yang menampilkan CPU AMD Ryzen 7000 terbaru dan GPU NVIDIA GeForce RTX 40. Ingin tahu bagaimana prestasi laptop ini? Teruskan membaca review kami ini!

Reka bentuk
MSI Bravo 17 C7V mempunyai reka bentuk yang kemas serta hadir dengan keseluruhan badannya berwarna hitam serta logo Thunderbird. Ia sememangnya kelihatan moden. Laptop ini mempunyai berat sebanyak 2.7kg dengan ketebalan 25.2mm. Untuk laptop 17 inci, ia mungkin kelihatan agak besar tetapi semuanya mempunyai tekstur.
Ia juga mudah untuk dibuka dengan menggunakan satu tangan sahaja tanpa sebarang masalah. Cuma lid laptop tersebut tidak menggunakan bahan anti-fingerprint. Jadi memang mudah untuk lihat bekas cap jari apabila memegangnya.

Tentang port yang tersedia, MSI Bravo 17 C7V hadir dengan:
- Port kuasa
- Port Network
- HDMI 2.1 video output port
- 3.5 mm headphone jack
- USB 3.2 Gen1 Type-A x2
- USB 2.0 Type-A port x1
- USB 3.2 Gen1 Type-C port x1
Keyboard & Touchpad
MSI Bravo 17 C7V mempunyai keyboard yang turut mempunyai keypad nombor dan juga mempunyai 4 zon RGB backlight untuk setiap kekunci. Keycap berwarna hitam semuanya mempunyai skema warna yang sama dengan badan laptop, jadi ia membuatkan cahaya RGB keyboard tersebut lebih menyerlah. Kekunci WASD yang biasanya digunakan untuk bermain game mempunyai reka bentuk semi lutsinar, yang membuatkan cahaya RGB lebih mudah dilihat malah senang untuk pemain melihatnya jika dalam bilik yang gelap.

Ia juga mempunyai key travel yang baik dan memberikan maklum balas yang baik untuk menaip mahupun bermain game. Tetapi kekuncinya bagi kami agak kecil dan ada beberapa kekunci berada pada posisi yang berbeza jika nak dibandingkan dengan keyboard biasa. Jadi anda mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keyboard ini.
Touchpad pada laptop ini juga sedikit kecil dan diletakkan sedikit pada bahagian kiri laptop. Kalau anda ingin membuat kerja menggunakan touchpad ini, anda mungkin berasa janggal sedikit. Kami syorkan anda menggunakan mouse sahaja. Tetapi yang baiknya tentang posisi touchpad ini, kalau anda bermain game, ia tidak mengganggu tangan langsung.
Skrin & Audio
Bercerita tentang skrin, MSI Bravo 17 C7V hadir dengan skrin 17.3-inch FHD IPS dengan bezel yang kecil, serta mempunyai resolusi 1920×1080. Refresh rate skrin ini juga mampu mencapai 144Hz, membolehkan pemain untuk menikmati grafik gaming yang lancar tanpa lag. Ditambah pula dengan bezel yang kecil, ia mampu membuatkan pemain lebih emersif semasa bermain. Ia juga menyokong teknologi AMD FreeSync Premium yang menyediakan pengalaman visual yang lebih baik serta mengurangkan screen tearing. Bezel atas laptop juga direka bentuk dengan kamera HD (30fps@720p) dan mikrofon, yang merupakan keperluan asas kepada pengguna yang ingin melakukan panggilan video mahupun perbincangan dalam talian.

Untuk audio pula, laptop ini menyediakan dua hi-fi speaker dengan sistem audio “Nahimic 3” dan sokongan pada “Hi-Res Audio”. Kalau anda menggunakan headset, anda boleh dapat bass yang baik. Kelantangan bunyi juga agak baik bagi kami dan jika anda gunakannya pada tahap maksimum, bunyi tersebut dapat didengari seluruh bilik. Walaupun begitu, bunyi bass melalui speaker tidak begitu kuat, jadi agak susah untuk anda nikmati audionya jika menonton filem ataupun bermain game.

Prestasi
Digandingkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB GDDR6, AMD Ryzen 7 7735HS, 2 x NVMe M.2 SSD by PCIe Gen 4×4 SSD dan DDR5-4800 RAM, ia sememangnya sebuah peranti yang luar biasa. Ia juga mempunyai teknologi MSI GPU Switch yang membenarkan pemain untuk menukar prestasi GPU secara bebas semasa bermain game. Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti MSI Center untuk menukar prestasi laptop. Ia boleh digunakan untuk memantau status hardware, menukar profil power dan task lain. Selain itu, ada module tambahan yang anda boleh gunakan. Anda juga tidak perlu risau mengenai sambungan internet kerana MSI Bravo 17 C7V dilengkapi dengan AMD Wi-Fi 6E.

Berikut adalah benchmark yang kami telah lakukan pada laptop ini:
3DMark – 20,036
PCMark 10 – 7,040
Cinebench – single core 1,812, multi core 22,313
Kapasiti bateri untuk laptop ini adalah 53.5Whr dan dibekalkan dengan pengecas 200W. Semasa kami cuba menguji prestasi baterinya, ia mengambil masa hampir 5 jam untuk habis ketika melayari internet atau kerja lain. Tetapi kalau kami menonton filem, ia mengambil masa hampir 3 jam untuk habis. Sebagai tambahan, MSI Bravo 17 C7V juga dilengkapi dengan alatan dalaman untuk membantu gamer memanfaatkan sepenuhnya laptop ini malah memberikan pilihan tuning yang pelbagai kepada pemain untuk memenuhi keperluan mereka.

Prestasi gaming
Kami telah memilih untuk bermain beberapa game yang memerlukan sumber yang tinggi serta beberapa game kompetitif seperti Apex Legends, Armored Core VI dan Hogwarts Legacy. Tetapan yang kami pilih untuk kesemua game tersebut adalah 1920×1080 resolution tertinggi dan terendah.
Apex Legends
- Tetapan tinggi: 81.9 FPS average, 114.7 FPS high, 53.2 FPS low 1%
- Tetapan rendah: average 125.6 FPS, maximum 144.9 FPS, minimum 1% 78FPS
Armored Core VI
- Tetapan tinggi: 35.5 FPS average, 51.2 FPS high, 23.5 FPS low 1%
- Tetapan rendah: 69.9FPS average, 72.7FPS high, 45.8FPS low 1%
Hogwarts Legacy
- Tetapan tinggi: average 31.3FPS, maximum 36.3FPS, minimum 1% 10.4FPS
- Tetapan rendah: 41.5FPS average, 45.9FPS maximum, 11.7FPS minimum 1% 11.7FPS
Sistem penyejukan
MSI Bravo 17 C7V menggunakan modul penyejukan Cooler Boost 5 yang menampilkan dua kipas penyejuk berkuasa dengan enam set paip haba yang boleh mengeluarkan haba berlebihan secara cekap dari bahagian dalaman laptop dalam masa nyata, memastikan cip pemprosesan dan kad grafik berfungsi dengan cekap dan stabil dalam jangka masa yang panjang serta menyediakan pemain pengalaman hiburan yang lancar.

Lebih penting lagi, pivot laptop juga direka bentuk dengan lubang penyejukan tersembunyi yang sememangnya berkesan dalam memberikan pengaliran udara yang lebih baik pada laptop tersebut. Reka bentuk ini juga berkesan untuk mengelakkan aliran udara panas kembali dan memastikan pemain tangan kanan tidak akan terganggu oleh haba apabila menggunakan mouse.
Sebaliknya, apabila kipas sistem berada pada kelajuan penuh dengan prestasi penuh, bunyi kipas akan lebih atau kurang ketara. Tetapi kalau anda selalu menggunakan headset semasa bermain, bunyinya tidaklah terlalu kuat.

Kesimpulan
Bravo 17 C7V didatangkan dengan hardware berprestasi tinggi yang bukan sahaja memberikan pengalaman gaming yang hebat, malah grafiknya juga sangat bagus. Selain itu, reka bentuk penyejukan yang cekap, keyboard yang sejuk, dan reka bentuk ringkas ini mampu menarik perhatian ramai orang. Sejujurnya, kami rasa laptop ini mempunyai nilai yang baik dan harga yang sangat berpatutan. Jadi kalau anda ingin mendapatkan laptop gaming yang mempunyai profil rendah tetapi spesifikasi yang mantap, boleh pertimbangkan laptop ini!
Anda boleh lawati laman web rasmi MSI untuk mendapatkan spesifikasi penuh laptop. Untuk membaca artikel review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post