Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Permainan “Auto Chess Battler” Mobile yang kini boleh didapati!

Agak korang yang mana yang terbaik korang pernah main?

Nyny.A by Nyny.A
July 25, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
5 Permainan “Auto Chess Battler” Mobile yang kini boleh didapati!
Share on FacebookShare on Twitter

Autobattler? Sejenis genre pemainan baru yang secara tiba-tiba melonjak naik selepas sebuah studio permainan yang dipanggil Drodo Studio mencipta genre permainan ‘Auto Chess Battler’ ini dengan menggunakan watak Dota 2 yang dipanggil Dota Auto Chess. Selepas kejayaan Auto Chess, Valve Corparation pula mengeluarkan versi Dota asal untuk genre ini yang dinamakan Dota Underlords, kemudian diikuti Riot Games Teamfight Tactics tapi hanya keluar di PC dan beberapa syarikat mobile gaming yang popular.

Cara permainan auto battler ini adalah permainan strategi taktikal dengan merangka elemen dari permainan kad. Pelawanan mempunyai lapan pemain dan berlangsung untuk beberapa pusingan. Pemain bertarung satu sama lain dalam perlawanan 1-vs-1 dipilih secara rawak. Pemain akan melawan sesama sendiri dengan memilih set unit yang diperlukan untuk diletak di papan yang mereka kehendaki. Unit-unit ini akan mula secara automatik apabila pusingan bermula. Pemain yang menang akan diisytiharkan sebagai pemenang pusingan, kemudian kedua-dua belah pemain akan diset semula ke kedudukan asal untuk pusingan seterusnya.

Jadi jom lihat senarai permainan “Auto Battler” yang ada didalam peranti mudah alih;

1. Auto Chess Mobile

Permainan yang diadaptasi dari Dota Auto Chess tapi untuk peranti mudah alih. Ia menetapkan ciri-ciri standard dan asas bagi semua permainan auto battler. Satu perlawanan boleh mencecah sehingga 30minit, grafik yang menarik. Auto Chess kini mencuba untuk memperluaskan permainan dalam dunia Esports terutama dengan acara dari Drodo Studio dan Imba TV yang akan berlansung di Shanghai kelak.

Auto Chess Mobile boleh di muat turun di Google Play Store dan iOS.

2. Dota Underlords

 

Makin popular tidak kira di PC ataupun Mudah Alih. Menggunakan strategi untuk memilih dan menaik taraf hero untuk menjadi lebih berkuasa. Valve memberi sentuhan grafik yang sangat cantik untuk permainan ini dan ada ciri untuk pemain membuat perlawanan peribadi untuk mengadakan perlawanan ala-ala Esports.

Lebih satu juta pengguna kini telah memuat turun Dota Underlords! Jadi jangan lepaskan peluang untuk muat turun di Google Play Store dan iOS.

3. Magic Chess: Bang Bang

Baru sahaja menapakan diri dalam platform mudah alih awal bulan lalu, mengambil inspirasi dari Mobile Legends Bang Bang, mempunyai lebih 50 hero untuk dipilih sebagai strategi yang paling hebat. Grafik tidak lah sehebat mana, kerana telefon pintar low spec juga boleh memuat turun permainan ini.

Jangan lupa untuk mencuba sendiri permainan ini di Google Play Store .

4. Chess Rush

Dimajukan dari syarikat yang sangat popular untuk permainan mudah alih iaitu Tencent Games. Agak senang untuk memainkanya, dan korang boleh memainkanya dalam masa yang singkat kerana mempunyai Turbo Mood. Bagi grafik cantik, hampir sama kualitinya dengan PUBG Mobile. Dan paling best ia mempunyai 2vs2 coop, jadi korang boleh team up dengan kawan, dan berlawan dengan 2 orang pasukan lawan.

Jangan lupa muat turun permainan ini di Google Play Store dan iOS okay!

5. Auto Chess Legends

Juga masih baru di platform mudah alih, mempunyai beberapa ciri yang sama dan berbeza seperti yang lain. Anggaran permainan dalam 15 minit dan mempunyai lebih dari 56 hero untuk digunakan. Pelbagai mod permainan akan hadir dan setiap minggu akan hadir dengan kemaskini dan acara baru! Tapi untuk grafik, biasa-biasa sahaaja berbanding yang lain.

Muat turun permainan ini di Google Play Store dan iOS.

Okay ada yang dah pernah korang main? Dan apa pendapat korang pula untuk genre Auto Chess Battler ini? Harap kelima permainan yang dikongsikan ini boleh menambah koleksi untuk ditambah dalam telefon pintar korang!

Sumber: EGG Network

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Auto Chess BattlerAuto Chess LegendsAuto Chess MobileChess RushDota UnderlordsMagic Chess: Bang Bangmobile games
Previous Post

Live Fast – Lagu Kolaborasi baru PUBG Mobile X Alan Walker!

Next Post

“Super Robot Wars V” hadir di Nintendo Switch 3 Oktober ini bersama Bonus Pembelian Awal yang Menarik!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Super Robot Wars V” hadir di Nintendo Switch 3 Oktober ini bersama Bonus Pembelian Awal yang Menarik!

"Super Robot Wars V" hadir di Nintendo Switch 3 Oktober ini bersama Bonus Pembelian Awal yang Menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd