Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HomeBois adalah Raja MPL MY Season 12, jadi Wakil Malaysia di M5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2023
in Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, Kejohanan esports, MOBA, Mobile
0 0
0
HomeBois adalah Raja MPL MY Season 12, jadi Wakil Malaysia di M5!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru tamat semalam, Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY atau singkatannya MPL MY S12 nampaknya mempunyai raja baru. Dalam perlawanan epik antara dua pasukan besar, HomeBois secara rasmi menjuarai MPL MY Season 12 selepas mengalahkan Team SMG malam tadi.

Bak kata pengumuman rasmi;

Pasukan Homebois berjaya mendapatkan slot tunggal yang berharga ke M5 selepas berjaya menundukkan Team SMG dengan skor 4-3! Walaupun mereka di asak sehingga skor 3-3, akan tetapi semangat dan dedikasi mereka untuk ke M5 membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendominasi di perlawanan terakhir sekaligus kemenangan menjadi mereka!

Terdiri daripada Anip, Chibi, RaizeL, Warlord, Sepat, Feekz, Xorn , Pabz, Antagonist, Barbossa, Vins dan Saiful – ini merupakan kali pertama HomeBois digelar sebagai juara MPL MY sejak menyertai liga pada Season 7. Selain trofi, mereka juga membawa pulang USD $25,000. Untuk prestasinya yang cemerlang, roamer XORN dinamakan MVP untuk bahagian Playoffs.

Tidak lupa juga tentang Team SMG sebagai Naib Juara. Mereka memenangi USD $25,000 dan turut memperoleh slot dalam M5 Wild Card diikuti oleh Red Giants Esports yang membawa pulang USD $5,000.

Berikut adalah kedudukan rasmi bagi MPL MY Season 12:

  1. HomeBois
  2. Team SMG
  3. Red Giants Esports
  4. RSG Malaysia
  5. Team HAQ
  6. TODAK
  7. MPX NSEA
  8. Team Lunatix
  9. Team Secret
  10. RED Esports MY

Seperti saya kata tadi, HomeBois akan mewakili Malaysia dalam kejohanan M5 akan datang, yang bakal diadakan di Filipina pada bulan Disember ini. Sebelum ini, M1 dan M2 berlangsung di Kuala Lumpur; M3 berlangsung di Singapura; dan M4 berlangsung di Jakarta.

Secara am, M5 akan menampilkan pasukan terbaik dari Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Eropah dan Amerika Latin di mana masing-masing akan bersaing untuk memperoleh gelaran juara dan bahagian terbesar daripada prize pool total USD $900,000.


Dapatkan segala berita kami tentang e-sukan di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsHomeboisMalaysiaMPL MY Season 12
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill: Ascension Akan Lancar pada 31 Oktober Ini! Cerita Akan Dikawal Pemain di Seluruh Dunia!

Next Post

Honkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit Stop x La Juiceria Malaysia — Info Penuh Acara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Honkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit Stop x La Juiceria Malaysia — Info Penuh Acara!

Honkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit Stop x La Juiceria Malaysia -- Info Penuh Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd