Hari ini, SEGA telah mnengesahkan bahawa judul aksi, Granblue Fantasy: Relink, akan dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Februari 2024 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC Steam.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk mendapatkan gambaran umum tentang game:
Jalan cerita

Granblue Fantasy berlangsung di Sky Realm, sebuah dunia di mana banyak pulau terapung di sebalik langit biru yang luas. Ambil peranan sebagai kapten kepada krew kapal terbang, disertai oleh seekor naga kecil bernama Vyrn dan seorang gadis muda dengan kuasa misteri bernama Lyria. Bersama, anda belayar dengan ahli kru yang unik, ke Estalucia, sebuah pulau dongeng di penghujung langit.

Di Zegagrande Skydom, pulau-pulau dikawal oleh makhluk berkuasa yang dikenali sebagai primal beast dan angin membawa kisah tentang organisasi rahsia yang dikenali sebagai Church of Avia. Bongkarkan misteri yang menjangkau jauh di luar sempadan Zegagrande dan terlibat dalam perang untuk menentukan nasib Sky Realm.
Gameplay

Libatkan diri dalam pertempuran real-time dengan empat parti dalam RPG aksi ini—pilih daripada senarai watak yang unik, masing-masing dengan senjata, kemahiran dan gaya tempur sendiri. Kerjasama amat penting dengan mekanik berasaskan parti seperti Link Attacks dan Chain Bursts untuk membantu anda menumpaskan musuh dalam cara yang menakjubkan.

Hadapi quest secara solo atau dengan bantuan rakan lain untuk gameplay co-op sehingga empat pemain dan kalahkan musuh untuk mendapatkan sumber penting bagi meningkatkan lagi peralatan anda. Setiap musuh dan parti mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri – jadi kunci kemenangan terletak pada betapa pantas anda menyesuaikan diri pada situasi.

Jika anda kurang suka pertempuran pantas, “mode bantuan” menyediakan banyak ciri kebolehaksesan untuk pemain daripada semua peringkat kemahiran. Sebagai contoh, anda boleh mengaktifkan “Full Assist” agar semua aksi dilakukan secara automatik semasa pertempuran!
Selain daripada misi sampingan, Fate Episodes pula membolehkan anda mendalami latar belakang setiap ahli krew supaya pemain dapat mengenali mereka dengan lebih intim.

Pre-order untuk game ini sudah bermula dan tersedia dalam Standard Edition Standard, Deluxe Edition, dan Collector’s Edition. Bagi mereka yang berminat, Granblue Fantasy: Relink akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post